MENU


[ HOME] [ CERPEN] [ PUISI] [ SANTAI] [ BUKU] [ BEBAS] [ HOBI] [ PETUA] [ GAMBAR]

Friday 5 October 2018

DOSA


Deringan telefon segera aku angkat apabila melihat Kak Nani di talian.
Hello…Hana kenapa lambat angkat? Ne mesti tengah fikir nak angkat ke tak kan?” Suara Kak Nani mengetuk gegendang telinga aku , bingit aku mendengar.
Mana ada, tadi Hana tengah ada panggilan, akak ne suka buruk sangka!”
Ok...adik ku sayang Kak Nani mintak maaf. Hana akak Cuma nak ingatkan petang nie Hana ada date dengan kawan Abang Sham .” Mendengar perkhabaran itu hati aku lemah adoii kenapa la Kak Nani beria-ria mahu kenalkan aku pada kawan Abang Sham.
Yea lah dah berbelas kali akak pesan, naik bosan Hana.”
Akak Cuma takut awak lupa jea.”
Iyea ...Hana tak lupa petang ne jam 6.00 Hana pegi jumpa yea.” Balas aku lagi sambil bibir menguntum senyuman .
Hana...akak harap pertemuan ini memberi sinar yang baru untuk Hana lupakan kisah silam,” ucapan Kak Nani membuatkan aku tersenyum pahit ucapan yang penuh bermakna.
Insylah, semoga Allah bagi jalan yang baik untuk Hana. Tapi Hana mintak, tolong jangan paksa Hana kalau Hana tak mampu .” Aku mengakhiri perbualan Kak Nani .
Aku teringatkan Kam , betapa aku bahagia ketika di samping Kam ,Kam yang romantik yang memahami namun takdir yang menentukan aku dan dia terpisah. Ia aku harus melupakan Kam walaupun apa yang berlaku itu tekadku.
******
Hana merenung juadah yang telah di hidangkan. Setelah berpuas hati dengan hasil, bibir mulus itu mengukir senyuman sambil melihat jam menunjukkan angka 10 malam.
Mana Fendi nie, biasanya waktu macam ne dah balik.’ Cetus hati Hana, kebelakangan ini rumah tangga yang dibina seakan-akan di ambang perpecahan sikap Fendi yang tiba-tiba berubah membuatkan Hana hilang punca .
Apakah Fendi sudah punyai wanita lain selain aku,’ bisik hati nya lagi seiring dengan hambusan nafas yang halus. Melihat kuku yang masih berwarna merah hatinya tiba-tiba dijentik sayu, perkahwinan baru memasuki bulan ke 5 namun telah diuji dengan kedinginan suami. Ngauman enjin kereta mengejutkan Hana dari lamunan melihat Fendi melangkah masuk dengan langkah yang longlai.
Abang dan balik?” Tegurku aku walaupun tahu Fendi baru sampai. Lantas aku mengambil beg bimbit dan mencapai tangan Fendi untuk di salam namun Fendi diam .
Hana ada masak asam pedas.” Ucapku sambil memberikan senyuman yang paling manis untuk nya.
Hana tahu… tu lauk kesukaan Abang.” Sambungku lagi cuba memancing perbualan Fendi aku memeluk lengannya mesra lalu membawanya ke meja makan .
Saya dah kenyang.” Ucap Fendi setelah lama membisu lalu menolak tangan aku dan mengatur langkah.
Abang...jamah lah walaupun sikit, Hana masak penat untuk Abang.” Balasku cuba untuk menguasai hati Fendi walaupun aku dapat merasai kegagalan ketika ini .
Saya dah kenyang !” Ucapan itu lagi dilontarkan berserta dengan renungan mata yang tajam. Lantas Fendi meninggalkan aku ke sesorangan bertemankan air mata. Apa yang harus aku buat untuk mendapatkan Fendi yang dulu apakah salah aku?”
Munkin ini silap aku jugak membuat keputusan terburu menerima Fendi walahal Kami baru berjumpa 2 kali akhirnya aku mengambil keputusan untuk menerima lamaran teringat aku pada perbualan ketika pertemuan ke dua kami.
Hana, terima lah lamaran saya kita bina hidup baru dan lupakan masa lalu kita. Insylah saya akan cuba sedaya upaya untuk membahagiakan awak.” Ucapan itu penuh dengan penghayatan dan kebahagian untuk aku ketika itu , namun hari ini semua itu satu penipuan dari Fendi dan aku menjadi mangsa aku harus bersemuka dengan Fendi, itu tekadku
******
Hana,” suara kak Nani memecah lamunan aku ketika ini.
Jauh termenung, tak kan dah rindukan kat encik suami kot baru 3 jam akak culik Hana.” Gurauan Kak Nani menundang tawa ku lantas aku mengeleng kepala .
Tahu lah pengantin baru, tapi jangan banyak termenung tak elok, nanti orang fikir suami Hana lari.” Sambung Kak Nani lagi sambil ketawa.
Dah tak baru kak, dah masuk 5 bulan dah.” Balasku sambil menyedup fresh oren yang berbaki hati aku terdetik kalau lah Kak Nani tahu apa yang aku tanggung kini pasti Kak Nani sedih seperti aku.
Ala...baru lah tu belum cukup setahun, oh ya korang pergi bulan madu di mana..?”
Belum sempat pergi lagi kak, buat masa ne Fendi kena jaga projek baru kat johor.” Aku terpaksa menipu Kak Nani ketika ini kerana hanya itu sahaja alasan yang aku fikir logik.
Oo, macam tu . Hana Akak nak tanya sikit boleh?” Ketika itu suara Kak Nani sedikit kendur dan renungan matanya penuh persoalan.
Apa dia kak? Sejak bila akak kena minta izin Hana bila nak tanya soalan ini?” Jawapku pelik selalunya Kak Nani main terjah sahaja bila ada kemuskilan .
Hana, ada masalah dengan Fendi?” Soalan itu membuatkan aku rasa tidak senang, lantas Aku memandang Kak Nani.
Masalah? Tak ada pun kak Kami ok jea kenapa akak tanya mcam tu.?” Balasku cuba menipu.
Melihat senyuman Kak Nani aku membuatkan aku semakin tak keruan.
Hana kita membesar sama-sama walaupun kita bukan adik beradik tapi Kak Nani angap Hana macam adik Kak Nani .” Jawapan Kak Nani membuatkan aku sebak , iyea kami sama-sama membesar di rumah anak yatim. Aku kehilangan keluarga ketika berumur 10 tahun.
usahkan cara jalan cara cakap pun akak dapat tahu Hana macam mana.” Sambung Kak Nani lagi ketika itu air mata menitis tanpa rasa malu lantas Kak Nani bagun dan mengambil tempat di sebelahku.
betul kan apa yang Kak Nani teka?” Aku membalas dengan angukan, aku sudah tidak mampu bersuara. Aku menceritakaan semua yang berlaku pada Kak Nani kerana aku sudah tiada tempat lagi untuk meluahkan dan sedikit ketenangan muncul setelah aku meluahkan.
Hana banyakkan sabar dan berdoa ini adalah ujian allah untuk rumahtangga Hana .”
Ujian, munkin jugak balasan untuk perbuatan Hana yang dulu.” Balasku dan aku teringat kembali semua sikap dan tingkah laku aku ketika bersama Kam dulu.
Hana istifar tak baik fikir yang bukan-bukan , cuba lah pujuk Fendi ajak berbincang elok-elok yea.”

*********
Aku memandu dengan kelajuan sederhana, aku mengambil keputusan untuk pulang ke rumah asuhan mumkin munkin di situ aku boleh melupakan masalah aku untuk seketika .
Aku teringat kembali kepada perbualan aku bersama Fendi beberapa hari lepas .
Abang…Hana nak kita berbincng.” Ucapku selepas seminggu Fendi menolak untuk makan malam bersama ku.
saya penat, saya nak rehat.” Balas Fendi ketika itu aku berada di bilik tetamu. Fendi makin melampau selepas dia mengasingkan bilik tidur, petang tadi aku nampak Fendi berpegang tangan bersama wanita lain . Malahan makan bersuap hati isteri mana tak hancur melihat kecurangan suami di depan mata.
Nak berbincag dengan isteri penat. Tapi abang bawak perempuan bukan muhrim ke sana sini tak penat ke bang !?” Soal aku ketika ini semua kesabaran aku telah hilang .
Saya tak nak gaduh dengan awak Hana. Saya harap awak boleh keluar saya nak rehat!!” Aku dapat merasai ketegasan dari suara Fendi.
Sampai bila abang nak seksa Hana macam nie.?”
Siapa perempuan tu? Kekasih abang ke?” Fendi masih diam seolah aku sedang bercakap dengan tunggul.
Kalau dia kekasih abang, kenapa abang tak kawin dengan dia dulu? Kenapa abang kawin dengan Hana?” Aku berterusaan menyoal, yea aku perlu tahu jawapan dari semua masalah ini .Sudah tak sanggup lagi untuk menjadi tungul tapi Fendi terus membeku.
baik...diam abang bermakna abang dah tak perlukan Hana lagi.”yea diam itu bermakna tiada jalan penyelesaian antara aku dah dia melainkan satu.
Hana mintak maaf banyak-banyak kalau selama ini Hana gagal menjadi isteri yang terbaik untuk abang,”ujurku sebak lalu melangkah keluar.
besok Hana pergi pejabat agama, kita selesaikan dengan cara baik yea abang.” Air mata terus keluar sedih memikirkan rumahtangga yang dibina tak sampai 6 bulan bakal hancur dengan kecurangan suami sendiri. Malam itu aku bersujud kepada maha pencipta memohon pertolonga atas ujian ini, hati aku terkenang kan Kam . Jika aku bersama Kam pasti aku tidak akan diperlakukan sebegini, segera aku beristifar sesunguhnya syaitan itu akan sentiasa menyesatkan anak adam.
******
Kenapa awak buat saya macam ne Rai..? Apa salah saya,” soalan itu tidak dapat aku jawab dan kebisuan adalah yang terbaik.
Rai...jawab! Saya perlukan jawapan.” Ketegasan mulai dirasai ketika ini.
Kam...hubungan kita tak akan kemana, saya tak nak buang masa.”Selepas itu kebisuan melanda dan kulihat wajah Kam terukir dengan kekecewaan , itu lah Kam yang aku kenal tiada sifat memaksa dan penuh dengan kasih sayang namun aku tak mampu untuk meneruskan.
Awak dah ada orang lain? Siapa Rai?”
Saya Cuma ada Allah.” Lantas aku menangis semahunya.
Hanya itu sebab nya ?” Soalan berserta renungan yang sayu.
Kam…saya nak cari siapa diri saya balik. Saya dah tak bolah hidup macam ne.” Jujur aku penat menangung semua ini aku lelah dalam menongahkah arus dunia.
Lamunan terhenti apabila Fendi menarik kerusi . Aku jadi keliru dengan keadan ini kerana hanya 3 bulan Kami merasai nikmat suami isteri selebihnya hanya kekecewan dengan sikap Fendi dia ke sana aku kesini. Tanpa banyak soal aku menuang air dan menyedokkan mee untuk Fendi munkin ini sarapan terakhir Kami bersama.Bunyi telefon tidak aku hiraukan di hati tedetik siapalah yang whapp aku pagi-pagi nie namun bertubi-tubi pesanan masuk memaksa aku memerisa.
Dah puas hati!” renungan tajam Fendi membuatkan aku takut semua persoalan telah terjawab kini Fendi menghantar gambar melaui whapp kepadaku pagi ini.
Abang...Hana mintak maaf.” Rayuku lalu memegang tangan Fendi memohon simpati.
Hana...Hana boleh jelaskan.” Ucapku lagi dengan nada sendu .
Aku dah tak perlukan sebarang penjelasan Hana, gambar tu dah cukup menjelaskan!” aku menangis tersedu- sedan tapi Fendi hanya mengeluarkan kata-kata yang tegas tanpa memikirkan perasaan aku ketika ini .
Abang tolong maafkan Hana…itu semua masa lalu Hana” Aku cuba untuk membela diri.
Masa lalu kau yang terlalu hina Hana! Setiap orang ada masa lalu dan sekarang aku tak dapat terima masa lalu kau!” Tegas Fendi memotong percakapnku
Kita jumpa di mahkamah Hana.” Fendi bangun meninggalkan aku.
Abang tolong bagi Hana peluang...tolong ampunkan Hana .” Aku memeluk kaki Fendi ,seandainya aku perlu sujud di kaki Fendi aku sangup melakukan.
Kenapa kau tak jujur dengan aku hana ?” Fendi merenung aku dengan soalan yang pedih.
Kenapa kau tak cerita perkara sebenar sebelum kita kawin ...hah!”jerkahan Fendi menunjukkan kekecewaan nya menjadikan aku isteri. Lantas Fendi meghempaskan badan di atas sofa berdekatan aku lihat Fendi memegang kepala seperti penuh penyesalan.
Hana mintka maaf abang itu kisah Hana 4 tahun dulu, masa tu hana kecewa dengan seseorang dan…”
Dan kau pilih perempuan tu untuk ubati kekecewaan kau untuk puaskan nafsu kau!?” Fendi memotong percakapan ku.
Aku menangis semahunya dulu selepas aku kecundang dlm perhubungan. Aku amat kecewa dan ketika itu Kam datang menghulurkan bantuan dari bersahabat biasa akhirnya luar biasa.
******
Di pejabat Fendi.
Boleh aku masuk fendi.”Sapaan Sham membuatkan aku tersentak.
Kau dan masuk pun.”Ujur aku
Boleh kita bincang,” soalan Sham membuatkan aku faham perbincagan yang dimaksudkan.
Pasal apa? Silakan,”aku berlagak tidak tahu.
Apa dah jadi antara kau dan Hana?” Soalan tu telah aku agak dari awal .
Aku rasa Hana dan cerita semua dekat kau, jadi kau tak perlu tanya lagi.” Balasku angkuh sesunguhnya aku sangat kecewa apabila ditipu oleh kewarakan Hana. Berselindung kejahatan di sebalik agama dan wajah yang memukau kononnya ingin mengamalkan hidup secara islam sepenuhnya.
Fendi...Hana ibarat adik aku. Aku tahu dulu dia buat silap besar tapi sekarang dia dah berubah.”
Jadi kau nak aku buat apa!” Aku ingin tahu apa cadangan Sham pada ku.
Bagi Hana pelung.” Jawapan Sham memang dalam jangkaan aku, senyuman sinis aku hadiahkan lantas bangun membelakangi Sham cuba mencerna nasihat itu.
Peluang …untuk aku di tipu lagi ke Sham!?” Soalku tegas, sesunguhnya bila teringat gambar yang aku hantar pada hana semalam aku jadi jijik dengan perlakuan mereka sunguh tak terbayang di akal aku.
Bagi aku Hana tak menipu, tapi kau semuanya bermula dari kau.” Aku merenung Sham memohon penjelasan dari nya.
Selepas kali ke dua kau jumpa Hana, kau terus ajak dia kawin sedangkan masa kau kecewa dengan mira. Hana kau gunakan untuk ubati sakit kau.”
Betul, tapi aku memilih jalan yang betul aku tak sia- sia kan dia , tak sama macam apa yang dia buat Sham!” Ucapku aku bengang bila nama mira dikaitan.
Sama macam je Fendi. Cuma takdir kau lebih baik kau memilih jalan betul dan pemilihan kau didorong oleh keluarga kau. Tapi cuba kau fikir Hana, dia tiada sesiapa masa dia kecewa dia sorang-sorang kat U.K dan orang yang dia ada masa itu adalah orang yang menyebabkan dia jadi macam tu,” aku cuba mencerna nasihat hisyam ketika ini.
dan yang kedua…adakah kau bertanya soal masa lalu kepada hana ketika itu? Tidak ada kan fendi?” soalan sham ibarat menjerut leher ku sendiri, teringat kembali pada status facebook yang pernah aku baca kononnya Lelaki yang baik tidak akan mempersoalkan masa lalu wanita yang dicintainya akhirnya terkena ke muka ku sendiri.
Aku tak pandai nak nasihat kau Fendi, tapi bagi aku setiap orang ada masa lalu dan Allah tak akan pandang masa lalu tapi di penghujung usia. Sekiranya hambanya bertaubat siapa kita nak menghukum orang lain.”
Fendi...sebelum aku keluar, aku mintak kau fikirkan.”Lantas Sham bangun meningalkan aku
Fendi...berdoa lah banyak-banyak mintk petunjuk, dan apa saja petunjuk yang kau dapat selesaikan dengan cara baik jangan sampai dua-dua teranayai.” Lantas Sham menghilangkan diri .

Aku melihat wajahnya yang putih bersih , masih berseri walaupun sudah 3 bulan tidak di jamah matahari. Sesal di hujung tidak berguna namun bersyukur kerana Allah masih memberi peluang untuk bersama . Selepas kemalangan tempoh hari, hana di sahkan koma walaupun telah melepasi tempoh kritikal sehingga kini hana belum menunjukkan tanda untuk sedar.
Maafkan abang hana, abang janji akan jaga hana sampai hana sembuh.” Aku mencium tangan wanita ini , seorang wanita yang telah aku hukum dengan semudahnya tanpa sempat dia membela diri.
Bangun lah abang janji akan menjadi suami yang terbaik untuk hana dan anak kita nanti, abang amat perlukan hana.” Ujurku lantas memegang perut isteriku dimana di situ telah wujud satu nyawa hadiah dari Allah untuk kami tanpa kami sedari.
Assalamulaikum.” Lantas aku berpaling ke arah suara yang menyapa .
Encik ne…Afendi Iskandar ?” Satu suara yang menyeru nama aku .
iye...Puan siapa.” Soalku apabila melihat seorang wanita berpurdah dating melawat isteriku.
Saya...kawan baik isteri encik Afendi semasa di UK dulu dan ini suami saya.” Ujur wanita ini lantas memperkenalkan lelaki di sisinya sebagai suami.
nama saya Kamalia najwa, dulu Hana panggil saya kam .” Sambungnya lagi
Aku merenungnya…satu nama yang sering berlegar di fikiran aku selepas 3 bulan menjadi suami Raihana .
Raihana lelaki yang baik akan menerima segala masa lalu wanita tersebut dan kini abang akan berusaha untuk menjadi lelaki itu’.ujur hati kecil fendi.

TAMAT.....







No comments:

Post a Comment