Segar angin Madinah menyapa bahagian wajahku yang terdedah,
angin ini seolah- olah sama ketika kunjungan Aku tahun lalu cuma kunjungan kali ini lebih bermakna tiba-tiba merasa ada tangan yang mengapai tanganku
mengangu lamunan bibir mengukir senyuman.
Kenapa tak tunggu di lobi. Sahut empunya pemilik tubuh itu.
Aku hanya tersenyum tanda memohon maaf atas ketelanjuran
Aku pada perjanjian kami tadi.
Maaf tak sabar nak ambik angin madinah malam nie lagi pun
baru berapa langkah dari hotel. Jawab ku
lalu senyuman paling manis Aku berikan lagi moga-moga dia tergoda dengan memberi
kemaafan.
Kalu bab menjawap memang pandai. Balas Dia dengan seyuman
tanda tidak marah pada aku.
Lalu tanganku dari tarik menuju ke suatu tempat, tempat
yang Aku rindu dan pernah Aku berjanji untuk datang lagi, Raudah Aku merindui haruman mu wangian yang semerbak Syurga dunia, Namun kerinduan Aku yang utama
adalah pada utusan ALLAH yang besar jiwa dan dakwahnya.
****
Jam henfon Aku berbunyi rasanya baru sahaja melelapkan mata semalam selepas pulang
dari masjid Nabawi aku terus tertidur akibat keletihan munkin kerana
penerbangan yang hampir 6 jam. Aku meraba di sebelah pembaringan
"kosong", mana Ilham? Bisik hatiku.
Lalu Aku melihat Ilham ber qiamulai terasa beruntung diri ini punyai Suami yang soleh, ini lah Hadiah terindah dari ALLAH setelah sekian lama Aku menanti.
Lalu Aku melihat Ilham ber qiamulai terasa beruntung diri ini punyai Suami yang soleh, ini lah Hadiah terindah dari ALLAH setelah sekian lama Aku menanti.
Dari samaran lampu bilik Aku lihat Ilham bangun dan menuju
ke arah Aku lantas cepat-cepat pejam mata saja aku mahu mengusiknya, terasa
ada tangan yang membelai wajah ku mencium dahiku
Sungguh Aku bersyukur pada Mu Ya ALLAH, menghadiahkan Bidadari dunia untuk Aku
kata-kata Ilham menusuk ke jiwa Aku tak sangka Suami Aku seorang yang romantik
kena pulak romantik di waktu pagi yang sejuk ne di Kota Al Munawarah yang indah
ini, bisik hatiku yang makin berbunga tahukan Aia aku juga punyai rasa yang
sama usapan pada wajahku beralih ke tanganku lalu tanganku digengam .
Ya Allah seandainya telah tiba penghujung usia ku, Aku
redha dan kau gantikan pasangan yang terbaik untuk isteriku kerana dia adalah sebaik
isteri bagiku ketika ini, mendengar lafaz doa Ilham yang kedua ini menyebabkan
kegembiraan aku hilang tiba-tiba lantas aku membuka mata.
Awal Abang bangun, soalku dengan suara yang gugup namun
tidak ketara kerana bercampur dengan suara bangun tidur.
Dah jam 4 sayang, bangun la kejap lagi azam pertama, balas
Ilham dan menghadiahkan senyuman .
Senyuman terindah itu sudah seminggu menemani Aku, wajah ini lah yang Aku cari setiap kali terbangun dari mimpi.
Senyuman terindah itu sudah seminggu menemani Aku, wajah ini lah yang Aku cari setiap kali terbangun dari mimpi.
Kenapa bangun solat tak kejut Saya? Soalku lalu membalas
gengaman tangannya.
Tengok Sayang letih sangat, Abang malas nak gangu biar Sayang dapat rehat secukupnya, aku jadi malu sendiri bila Ilham mengunakan
perkataan itu sedangkan aku masih ber “ awak “dan “saya” dengan nya. Namun
kemesraan kami tidak lama kerana ingin merebut pahala yang berganda di sini.
Suasana agak lengang di kawasan Masjid quba, ini adalah
ziarah pertama Kami di Kota Madinah, masjid quba adalah masjid pertama yang
dibina Rasulllah pada tarikh 8 rabiul awal bersamaan 1 hijriah dan Masjid ini
terletak di luar Kota Madinah dan Masjid Quba mempunyai banyak keistimewaan dan
antaranya ialah Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda barang siapa yang berwuduk
dari rumah dan mempertahankan wuduk sehingga melakukan solat sunat 2 rakaat di Masjid Quba maka pahalanya menyamai pahala Umrah .
Setelah penerangan tentang masjid quba selesai ustaz Nufal
selaku mutawif yang mengetuai rombongan Kami memberikan masa setengah jam untuk
menikmati dan bergambar di sekitar Masjid Quba setelah menunaikan solat tahyatul masjid dan Duha Aku mencari Ilham yang menunggu di dataran masjid.
Abang nak rasa tak ni? Soalku apabila selesai membeli kurma hidup yang dijual disekitar dataran Masjid ini.
Apa tu? Soalan Ilham munkin dia tidak pernah merasa kurma sebegini kerana di malaysia hanya terdapat kurma yang telah dikeringkan .
Sedap la sayang. Komen Ilham setelah Aku menyuap kurma itu kemulutnya.
Rasa dia pahit kelat, tapi sedap. Komen dia lagi aku melihat dia menghabis kan 4 biji kurma itu sunguh berselera dia menikmati kurma hidup yang telah dibekukan.
Pelbagai cendermata yang dijual di sekitar masjid ini dan Kami di pesan oleh ustaz Naufal supaya berhati-hati didalam membeli kerana takut ditipu.
Masih ada yang mahu menipu ke Ustaz? Tiba-tiba mulut aku terkeluar soalan itu namun Ustaz Naufal hanya tersenyum.
Iman itu adalah dari dalam hati, seandainya Kita golongan yang menjaga iman nescaya kita tidak akan tergolong di kalangan itu tidak kira di mana kita berada. Balas Ustaz Naufal dalam senyuman Aku kira tadi Dia tidak akan mengulas.
Abang nak rasa tak ni? Soalku apabila selesai membeli kurma hidup yang dijual disekitar dataran Masjid ini.
Apa tu? Soalan Ilham munkin dia tidak pernah merasa kurma sebegini kerana di malaysia hanya terdapat kurma yang telah dikeringkan .
Sedap la sayang. Komen Ilham setelah Aku menyuap kurma itu kemulutnya.
Rasa dia pahit kelat, tapi sedap. Komen dia lagi aku melihat dia menghabis kan 4 biji kurma itu sunguh berselera dia menikmati kurma hidup yang telah dibekukan.
Pelbagai cendermata yang dijual di sekitar masjid ini dan Kami di pesan oleh ustaz Naufal supaya berhati-hati didalam membeli kerana takut ditipu.
Masih ada yang mahu menipu ke Ustaz? Tiba-tiba mulut aku terkeluar soalan itu namun Ustaz Naufal hanya tersenyum.
Iman itu adalah dari dalam hati, seandainya Kita golongan yang menjaga iman nescaya kita tidak akan tergolong di kalangan itu tidak kira di mana kita berada. Balas Ustaz Naufal dalam senyuman Aku kira tadi Dia tidak akan mengulas.
Sayang, boleh abang Tanya sikit? Lalu aku berpaling
melihat wajah Ilham ketika itu kami sedang berdiri sambil menikmati keindahan
masjid kesayangan Rasulullah ini.
Dulu sayang datang umrah, Sayang datang dengan Mak Cik
Laila jugak ek? Soalnya padaku .
Mmm, ye kenapa? Aku pelik dengan soalan nya.
Maknanya sekali dengan ustaz Naufal jugak lah? Soalnya lagi
Tak la dulu ustaz lain, jawap Aku.
Tapi kan Ustaz Naufal ni bagus kan bang? Penerangan tentang sesuatu tempat sangat teliti dan setiap penerangan mesti di kaitkan dengan Hadith Nabi, balasku ye Aku suka cara penerangan Ustaz Naufal seolah-olah semua yang diceritakan berlaku di depan mata Aku, tanpa sempat Ilham menyambung kami dipanggil untuk menaiki bas kerana tempat ziarah seterusnya ialah Kebun Kurma.
Tapi kan Ustaz Naufal ni bagus kan bang? Penerangan tentang sesuatu tempat sangat teliti dan setiap penerangan mesti di kaitkan dengan Hadith Nabi, balasku ye Aku suka cara penerangan Ustaz Naufal seolah-olah semua yang diceritakan berlaku di depan mata Aku, tanpa sempat Ilham menyambung kami dipanggil untuk menaiki bas kerana tempat ziarah seterusnya ialah Kebun Kurma.
*****
Suasana menunggu untuk ke Raudah agak kelam- kabut sudah
hampir 3 jam Jemaah Kami menunggu giliran, Aku melihat pegawai-pegawai wanita
berbangsa Arab mula naik angin dengan kerenah Jemaah wanita dari Negara-negara
lain. Sememangnya beginilah keadaan di kawasan ini masing-masing berebut untuk
melawat makan Lelaki teragung Muhammad s.a.w .
Adoi…panasnya. Ujur Kak Sue sambil mengibas muka aku lihat
kulit nya sudah kemerah-merahan.
Sabar la akak, keadaan kat sini memang macam nie, balasku
cuba untuk menenangkan dia.
Diorang ne tak sabar, cuba tengok habis semua di langgar
macam diorang jea yang nak pergi, sambung Mak Cik Siah munkin bengang dengan
geng Turki dan Pakistan dan Negara timur tengah yang lain yang tak mengikut
arahan.
hajjah..hajjah. injlisi..injlisi, jeritan Petugas Arab makin kuat apabila keadaan semakin tidak terkawal, Mereka
seolah-olah tidak menghiraukan arahan Petugas yang sedia ada sepatutnya sudah
tiba giliran Jemaah Kami untuk masuk namun telah dipintas oleh Mereka.
Ibu cuba di tolak nya mereka, kok makin melampau arah seorang
petugas kumpulan Indonesia apabila melihat geng Timur Tengah makin mengganas cuba memintas
barisan Kami sambil dia memarahi mereka dalam bahasa Arab.
Ne dah pukul 10.30 lagi setengah jam lagi Raudah tutup,
sempat ke tidak kita ne? Soal Makcik Asiah lagi.
Sejujurnya Aku jugak bimbang dengan perkara ini teringat Aku pada doa Nabi Yunus “ la ia ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minaz-zalimin” tiada ada tuhan selain engkau, maha suci engkau,ya ALLAH sesungguhnya Aku adalah termasuk dalam golongan orang-orang zalim.
Teringat Aku pada ceramah Ustaz Kazim Elias bacalah doa ini sewaktu kesusahan nescaya bantuan ALLAH akan tiba ye kini adalah dalam kesusahan, kesusahan kerana terlalu rindu mahu menziarahi Nabi Muhammad s.a.w.
Sejujurnya Aku jugak bimbang dengan perkara ini teringat Aku pada doa Nabi Yunus “ la ia ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minaz-zalimin” tiada ada tuhan selain engkau, maha suci engkau,ya ALLAH sesungguhnya Aku adalah termasuk dalam golongan orang-orang zalim.
Teringat Aku pada ceramah Ustaz Kazim Elias bacalah doa ini sewaktu kesusahan nescaya bantuan ALLAH akan tiba ye kini adalah dalam kesusahan, kesusahan kerana terlalu rindu mahu menziarahi Nabi Muhammad s.a.w.
Banyakkan berdoa Makcik mintak ALLAH mudahkan kita
masuk, ujurku pada Makcik Siah lalu aku memejam mata ' wahai nabi…telah aku
sampai ke Kota kesayangan mu, telah Aku hirup segar angin Tanah Haram ini,
sudah aku jejak Masjid Mu,namun sekarang Aku menunggu untuk menziarah maqam mu,
wahai Nabi terima lah Aku sebagai tetamu telah jauh beribu batu Aku kemari
hanya lah untuk menemui mu, sudilah engkau menemui ku sesunguhnya Aku sayang
padamu Aku cinta Padamu.
Dik jom cepat bangun, suara Kak Sue mengangu rayuan Aku
lantas tangan Aku di tarik.
Alhamdulillah, ada jugak rezeki kita, balas Makcik Asiah.
Alhamdulillah, ada jugak rezeki kita, balas Makcik Asiah.
Itu lah,
sambung Aku.
Suasana di Raudah agak padat ada di kalangan mereka yang
berbangsa Turki dan Pakistan yang masih tidak mahu keluar dari kawasan Raudah,
ada jugak yang duduk bersantai di kawasan berkenaan walaupun telah di marahi
pegawai-pegawai tersebut .
Tengok diorang boleh duduk makan angin, komen Kak Mas
sambil tersenyum Aku lihat Tini anaknya sudah kepenatan terpikir juga beruntung kecil-kecil tetapi sudah dipilih menjadi tetamu ALLAH.
Tu la, padahal kawasan ne dah padat cuba la bertimbang rasa,
balas suara jamaah lain dan Aku hanya tersenyum meng ia kan.
Oleh kerana kawasan Raudah terlalu padat Kami berasak-asak
untuk ke saf depan dan aku lihat ada 4 jemaah kami terlalu uzur dan hampir
jatuh akibat tersepit.
Kak Sue, Kau cover belah sana, ujur Aku setelah melihat muka
Makcik Siti pucat lalu Aku mengambil tugas menjaga sebelah kanan Aku dengan
harapan jika di tolak boleh la Aku bertahan.
Ok cantik, balas Kak Sue, lalu kami berpegangan antara 1
sama lain agar kumpulan kami tidak dirempuh begitu sahaja.
Setelah menunaikan solat 2 raakat Aku segera bertukar
tempat memberikan peluang untuk jemaah Kami yang lain untuk menunaikan solat.
Setelah semuanya selesai kami membuat satu kumpulan yang sama agar Kami boleh melindungi Jemaah yang keuzuran. Setelah meninggal tempat solat kami masih di sekitar raudah masih dalam kawasan karpet hijau di saat itulah Aku di dalam duniaku.
Setelah semuanya selesai kami membuat satu kumpulan yang sama agar Kami boleh melindungi Jemaah yang keuzuran. Setelah meninggal tempat solat kami masih di sekitar raudah masih dalam kawasan karpet hijau di saat itulah Aku di dalam duniaku.
‘wahai nabi aku datang lagi atas jemputan Allah jugak atas
doamu, dah kali ini aku tidak datang bersendirian Aku kemari bersama Suamiku
syukur pada ALLAH kerana mengurniakan jodoh Lelaki yang soleh untuk ku di dunia
dan moga-moga ALLAH memanjangkan kasih kami hingga ke syurga, Ya ALLAH
sampaikan lah salam dan syukur untuk junjungan mulia Nabi Muhammmad atas dakwah
yang diusahakan kerana dengan dakwahnya Islam telah sampai kepada ku dan
moga-moga Agama ini kekal kepada zuriat dan keturunan ku. yea itulah bicara
hatiku hati yang rindu pada lelaki teragung Muhammad s.a.w .
Ok...semua sudah cukup ya,
Soal Ustazah yang membawa kami ke Raudah dalam loghat Indonesia.
Yea sudah, balas Makcik Zaiton pada pandangan ku dia
kelihatan sedikit penat munkin jugak kerana berasak-asak untuk masuk ke raudah
tadi namun Aku kagum dengan kesunguhan nya walaupun mengunakan kerusi untuk
bersolat tapi masih mahu berusaha untuk menziarahi maqam Nabi.
Lalu kami meninggalkan Raudah dengan perasaan hiba, wajah gembira terpancar di
wajah Jemaah Kami namun jauh di sudut hati perasaan hiba membelenggu hati.
Kok senang bangat, jalan nya mundur, suara itu memecah lamunan hati kami Aku melihat Jemaah dari Indonesia berkenaan marah apabila seorang warga Turki berjalan seperti mengundur ke belakang dan hamper-hampir melangarnya.
Kok senang bangat, jalan nya mundur, suara itu memecah lamunan hati kami Aku melihat Jemaah dari Indonesia berkenaan marah apabila seorang warga Turki berjalan seperti mengundur ke belakang dan hamper-hampir melangarnya.
Aku lihat kak sue sudah keras perut menahan tawa.
Kok senang, kamu jalan mundur, ejek Kak Sue dengan tawa
yang masih bersisa sambil mencuit aku.
Enggak la, kok ngak lihat aku jalannya maju, balas aku lalu
ketawa kami sama-sama ketawa.
Diorang ne terlalu taksud sangat, kononnya tak nak bagi
bahagian pungung pada Nabi semasa berjalan tapi kan Agama kita ne mudah dan
tidak digalakkan buat sesuatu sampai menyusahkan diri sendiri.
Ucapan Makcik Asiah membuatkan aku terpinga-pinga lalu Aku memandangnya.
Ucapan Makcik Asiah membuatkan aku terpinga-pinga lalu Aku memandangnya.
Jalan macam tu kan kiranya menyusahkan diri sendiri fitrah
kita ne jalan macam mana? Yang tadi tu jalan macam mana pulak? Sambungnya lagi
dah membuatkan Aku paham, yea lagi pula cara jalan macam tu menyusahkan semua
jemaah yang ada macam mana kalau terlanggar jemaah yang keuzuran, lalu Aku
melupakan semua perkara itu terasa rindu pula pada Ilham, Aku berjanji dengan
nya untuk berjumpa di depan dataran jam selepas solat zohor katanya dia nak membawa Aku berjalan di sekitar Masjid Nabawi.
****
Aku menarik muka masam apabila permintaanku di tolak Ilham,
sungguh Aku merasa kecil hati dengan sikapnya menolak permintaan kecil aku
ketika itu.
Ala jangan la merajuk, pujuknya ketika ini, namun aku masih
mendiamkan diri.
Ok abang janji esok kita beli yea, ujurnya lagi
sikap Dia hari ini sedikit membuatkan Aku merajuk tadi semasa di kedai jubah
setelah membeli jubah untukku aku memilih jubah hitam untuk Ilham pada
perkiraan Aku boleh la kami memakainya bersama-sama untuk Hari Raya ke dua atau
ke tiga tahun ini telahan pula jubah itu hampir sama coraknya dengan jubah
pilhan Ilham untukku namun ditolak Ilham mentah-mentah dan katanya Dia mahukan
jubah putih.
Yea la manalah boleh Aisy nak marah Abang, Abang kan suami,
balasku suara masih dalam nada merajuk .
Kenapa cakap macam tu? Sedih Abang dengar, ok abang janji
esok kita beli jubah tu ye tapi abang tak nak hitam abang nak putih, ujurnya
padaku
Please sayang. Sambungnya ketika itu Ilham membuat muka
simpati dan ia nya mengundang tawaku itu la Ilhamku ada saja akalnya untuk memujuk Aku.
Ok besok Kita beli jubah putih Abang lepas tu ais
cream ok! Ucapku lalu membalas senyumannya lantas Aku gengaman
tangannya didalam pikiranku sudah terbayang ais cream yang dijual tadi nak beli
tapi tengah merajuk dengan Ilham kata jemaah yang pernah berkunjung di sini tidak lengkap kalau tidak merasa ais cream Madinah.
Ok sayang, sambung Ilham sambil serna matanya tepat ke
mataku, Aku dapat melihat kebahagian pada anak matanya namun jauh kedalam
matanya terdapat satu perasaan yang sukar Aku ungkap dan perasaan itu telah
mengundang kebimbangan Aku ketika ini .
Sayang ok tak ni? Soalan Ilham mengangu lamunanku
senyuman sudah hilang di bibirku ketika ini.
Sayang ok, jawabku dan soalan yang sama Aku tanya
padanya.
Abang akan sentiasa ok kalau Medina Aishah sentiasa
berada di sisi Abang dan selalu menjadi suri di hati Abang . Ucapan Ilham itu
mengundang tawa dan menghilangkan keresahan hati yang telah melanda tadi munkin
itu maksud pandangan matanya risau jika Aku meninggalkan Dia.
Abang. Panggil Aku namun terhenti pengucapannya
seketika, Aku ingin melafazkan kata tapi biarlah dengan nada yang paling
bermakna untuk Suamiku ini.
Hari ini, Saya Medina Aishah berjanji akan berusaha
untuk menjadi Isteri yang terbaik untuk Ilham Iskandar sehingga hayat sayang, sambungku lagi
Ketika ini bangku di Dataran Masjid Saidina Abu Bakar atau jugak dikenal sebagai Masjid Ghumamah ini
menjadi saksi perjanjian antara Aku dan Ilham. Melihat merpati putih
berterbangan di atas kepala kami setelah air pancur di buka seumpama ianya
berlaku seperti di dalam sebuah filem ditambah pula kedinginan cuaca Kota Madinah ketika ini yea, aku merenung wajah Ilham ketika ini matanya memandang Masjid Nabawi.
Bukan sehingga akhir hayat sayang, tapi sehingga akhir
hayat abang, tahu? Tambahnya Aku kira perbualan kami terhenti disitu lalu tangannya memicit hidungku dah
aku menjerit kesakitan akibat menangung sakit Aku membalas perbuatannya.
*****
Aish Satu panggilan yang Aku kenal lantas Aku
berpaling melihat Ilham tersenyum kepada ku, Sunguh lega perasaan ini apabila
buka mata melihat Ilham di depan mata, tadi Aku mengalami mimpi yang sungguh
menakutkan.
Abang. Lantas Aku memeluk se erat yang munkin.
Tadi Aish mimpi Abang pergi tinggalkan Aish. Ucapku sambil
mememang pipinya cuba untuk merasai kehangatan nya, ketika ini hanya senyuman
yang Ilham berikan tiada satu pun ucapan keluar dari bibirnya. Lantas dia
mengusap kepalaku lalu memberikan ciuman di ubun-ubun ku akhirnya senyuman terukir
di bibir.
Syukur rupanya Abang tak apa-apa. Sambungku lagi
lantas mengucup tangannya lalu ku usap ke pipiku.
Aisy mari ikut Abang. Lalu Ilham memimpin
tanganku aku hanya menurut tanpa membantah.
Aku mengamati keadaan di sekeliling ketika ini begitu
tenang walaupun ramai orang di sekeliling tapi seolah-olah mereka tidak
mempedulikan Aku dan Ilham.
Sayang cuba tengok kat depan tu, Aku melihat di
hadapan seperti yang Ilham minta kemuskilan bermain di fikiranku ketika ini.
Abang sejak bila kita sampai ke sini seingat Aish
kita masih di Madinah. Aku meluahkan segala kemuskilan Aku ketika ini dan
seingat ku lagi tadi Aku telah pengsan dan agak mustahil untuk aku datang ke sini dalam keadaan tidak sedarkan diri memandangkan perjalanan memakan masa sekitar 8 jam dan bagaimana pula Ilham
membawa Aku jika keadaan Aku tidak sedarkan diri mustahil untuk Aku naik bus.
Shutt, Sayang cuba tengok Kaabah tu cuba kita
menghayati dan menghargai waktu ini.
Ilham mematikan perbualan dan permikiran Aku lalu Aku
merenung sambil memeluk lengannya .
Abang ini lah impian Aisy nak bersama-sama Abang
melihat pemandangan yang paling indah ini, ucapku Aku merenung wajah Lelaki di hadapan ku ketika ini . Ini lah Lelaki yang aku minta di dalam
setiap sujud ku dan teringat Aku kepada kunjungan aku 2 tahun lalu aku
sering meminta diberikan teman untuk melindungi dan mendampingi ku.
Abang tahu ini impian Aisy dan Abang cuba
tunaikan walaupun bukan di alam fana.
Aku lihat wajahnya sedikit mendung namun tenang dari biasa,
apa yang bermain di fikiran Aku ketika ini adalah bukan di alam fana apa maksud Ilham sebenarnya adakah ini sebuah mimpi? Mustahil.
Abang pergi dulu, kata Ilham lantas merungkai
pelukan aku padanya .
Pergi mana Bang? Soal ku kehairanan, hanya
senyuman yang dilemparkan untuk Aku yang kebingungan lalu kucupan singah di
dahi ku dan akhirnya Ilham pergi meninggalkan aku yang masih kebingungan.
Abang, aku memanggilnya.
Tunggu Aish, jangan tinggalkan Aish kat sini.
Langkah terhenti apabila melihat Ilham terpaku di situ namun sempat Dia menoleh dan tersenyum pada Aku lalu Ilham meninggalkan Aku dan akhirnya Dia hilang dari pandangan di dalam lautan manusia yang sedang melakukan tawaf, Aku seolah-olah terkapai-kapai mencari Ilham seperti kapal yang hilang nakhoda di tengah lautan.
Langkah terhenti apabila melihat Ilham terpaku di situ namun sempat Dia menoleh dan tersenyum pada Aku lalu Ilham meninggalkan Aku dan akhirnya Dia hilang dari pandangan di dalam lautan manusia yang sedang melakukan tawaf, Aku seolah-olah terkapai-kapai mencari Ilham seperti kapal yang hilang nakhoda di tengah lautan.
****
Usai
zohor hari ini Aku terus melangkah meninggalkan Masjid Nabawi menuju ke
dataran Abu Bakar disini Aku cuba menghayati angin Madinah sama seperti hari
pertama Aku ke sini nyaman sama seperti dulu .
Aku membuang pandangan ke arah perkuburan Baqi walaupun tidak nampak pada pandangan mata, sabda nabi sesunguhnya sesiapa yang berkemampuan untuk meninggal di Madinah, maka meninggal lah di sini kerana Aku akan memberi syafaat kepada sesiapa yang meninggal di sini Aku menguntum senyuman semoga Aku tergolong didalam golongan itu.
Aku membuang pandangan ke arah perkuburan Baqi walaupun tidak nampak pada pandangan mata, sabda nabi sesunguhnya sesiapa yang berkemampuan untuk meninggal di Madinah, maka meninggal lah di sini kerana Aku akan memberi syafaat kepada sesiapa yang meninggal di sini Aku menguntum senyuman semoga Aku tergolong didalam golongan itu.
Aisyah, satu suara
mengangu lamunan ketika ini Aku mencari pemilik suara itu rupanya ustaz
Naufal tak sangka berjumpa ustaz di sini.
Ustaz buat apa di
sini ? Soalku, aku menjadi bingung apabila raut wajah ustaz naufal seperti
dilanda kerisauan.
Saya cari awak, balasnya .
Awak buat apa kat sini Aisyah? Semua orang tengah cari Awak! Sambung
nya lagi dah satu keluhan ku dengar .
Kenapa semua cari saya? soalku kebingungan.
Awak hilang sejak zohor sekarang dah lepas waktu isyak,
awak ke mana Aisyah ustazah Laila, puan Asiah semuanya cari awak. Untuk pengetahuan awak kalau kami tak jumpa Awak sekarang saya akan buat laporan polis.
Aku terkedu benarkan apa yang dikatakan Ustaz Naufal Aku
menghilangkan diri sejak Zohor jadi dimana Aku ketika Asar dan Magrib.
‘Allah’. Keluh hatiku.
Saya Cuma nak
bersendirian ustaz jawapku. Ye ketika ini itu lah yang Aku rasakan Aku tidak
ingin di gangu oleh sesiapa.
Tapi cara Awak tak betul sepatutnya bagi tahu kawan Awak sebarang aktivi awak, nada Ustaz Naufal kedengaran tegas ketika ini.
Saya mintak maaf kalau perbuatan Saya ini menyusahkan Ustaz
dan semua orang, tapi saya Cuma mahu bersendirian . Balas Aku, ketegasan Ustaz
Naufal sedikit sebanyak mengundang sebak di hati Aku namun aku harus menahan
supaya ianya tidak kelihatan.
Saya mintak maaf kalau kata-kata Saya tadi kasar, tapi Saya
Cuma risaukan Awak.
Aku dapat rasakan suara Ustaz Naufal sedikit kendur munkin
dia dapat mengesan perasaan Aku ketika ini .
Ah!! ‘kenapa kau selemah ini Aisy gagal sembunyikan
perasaan sendiri’ bisik hati Aku.
Awak dan jemaah yang lain di bawah tanggungjawap Saya kalau
jadi apa-apa saya lah orang yang akan dipersoalkan harap awak faham. Sambung
Ustaz Naufal lagi perasaan bersalah Aku mula timbul disebabkan Aku orang lain
akan mendapat susah.
Saya mintak maaf banyak-banyak Ustaz Saya Cuma nak
menikmati hari-hari terakhir Saya di Madinah, Saya nak menghabiskan masa-masa
ini dengan sebaiknya. Balasku lalu mataku menghala ke perkuburan baqi jika
diberi pilihan Aku akan memilih untuk menetap disini namun pilihan itu tidak
memilih Aku hanya air mata yang membanjiri pipi ketika ini Aku terus
menangis tanpa mempedulikan orang di sekeliling Aku.
Menangis lah Insyallah selepas ini Awak akan lebih tenang
dan percayalah tidak semua yang dipilih untuk ke situ hanya orang-orang yang
terpilih sahaja, dan Awak adalah di kalangan orang-orang yang terpilih untuk
ALLAH SWT bagi ujian sebegini.
Aku tahu ucapan itu hanya untuk member semangat untuk Aku dan Aku percaya segala kata-katanya , namun sebagai seorang wanita sememangnya bila ditimpa ujian ini pasti akan merasa kesedihan yang sama seperti Aku.
Aku tahu ucapan itu hanya untuk member semangat untuk Aku dan Aku percaya segala kata-katanya , namun sebagai seorang wanita sememangnya bila ditimpa ujian ini pasti akan merasa kesedihan yang sama seperti Aku.
Jom saya hantar awak balik. Ajak Ustaz Naufal.
Aku melangkah
meninggalkan tempat ini ketika ini Aku harus kuat melepaskan Ilham pergi Aku
harus terima akan pemergian Ilham pergi menemui pencipta-NYA di bumi yang Baraqah.
Terima kasih Ustaz Saya masuk dulu ucap Aku setelah sampai
di lobi hotel lalu hanya senyuman dari Ustaz Naufal sebagai tanda dari ucapan Aku.
Medina Aisya ALLAH
menciptakan hawa bukan dari atas untuk menjadi ketuanya bukan dari kaki untuk
menjadi alas nya tetapi melainkan di sisi untuk menjadi teman sehidup dan kalau
boleh semati dan Ilham telah pun
mendapat teman seperti itu ingat ALLAH itu sebaik perancang dan adakalanya Kita
kena terima hakikat rupanya perancangan Kita tiada didalam perancangan ALLAH.
Selepas itu Aku terus melangkah menuju ke bilik sambil otak ku berfikir ucapan
itu Aku sudah menerima pemergian Ilham namun sukar untuk aku telan.
****
Pagi terakhir di Madinah jatuh pada hari jumaat Aku
tersedar ketika jam menunjuk 3.30 am mata seakan tidak mampu ku lelapkan
lagi munkin juga kerana ingin meninggalkan Ilham kesorangan di sini,
apabila teringat kan hal itu hati Aku dilanda kesayuan air mata menitis tanpa Aku sedar begitu cepat ALLAH menarik nikmat kebahagian Aku.
Aku bangun untuk bersuci sambil mengejut ustazah laila yang masih di alam mimpi. Selepas pemergian Ilham Aku di nasihatkan untuk menukar bilik agar atas alasan agar emosi lebih tenang namun Aku membantah tidak munkin Aku meninggalkan nya Aku masih merasai aura Ilham di sini dan akhirnya UstazahLlaila memutuskan untuk menemani Aku di sini.
Aku bangun untuk bersuci sambil mengejut ustazah laila yang masih di alam mimpi. Selepas pemergian Ilham Aku di nasihatkan untuk menukar bilik agar atas alasan agar emosi lebih tenang namun Aku membantah tidak munkin Aku meninggalkan nya Aku masih merasai aura Ilham di sini dan akhirnya UstazahLlaila memutuskan untuk menemani Aku di sini.
Mengikut jadual kami akan bertolak ke mekah setelah waktu
makan tengahhari ini bermakna kami sempat menunaikan solat jumaat di Madinah,
satu keistemewaan apabila berada di tanah Haram ini kerana para Wanita boleh
melakukan solat jumaat tidak seperti di Malaysia hanya kaum Lelaki sahaja
melakukan solat Jumaat.
Tinggal berapa juzuk
lagi Aish? Soal Kak Suraini padaku
Tinggal lagi 3
juzuk, harap-harap sempat la khatam kt Mekah nanti. Balas ku lalu dia memuji Aku “pantas” katanya sambil menunjukkan
ibu jari padaku.
Nanti kita khatam Al-quran di depan Kaabah sama-sama ye Sayang. Lantas Ilham berpaling kepadaku dengan senyuman hari ke dua kami di Madinah . Aku membalas nya dengan angukan selepas solat isyak Kami memilih
untuk berada di dataran Masjid sambil menghabiskan beberapa Juzuk Al-quran di
sapa pula angin malam yang nyaman.
Tapi kalau Abang tak
sempat, sayang tolong teruskan ye. Sambung Ilham lagi
Eh tak de jangan nak mengelat, kena sempat jugak. Balasku
sambil menjeling padanya namun Ilham hanya ketawa dengan perbuatan Aku.
Amboi garang nya Isteri Abang ni. Tambahnya lagi dengan
ketawa yang masih bersisa.
Setelah menghabiskan bacaan Kami melangkah pulang ke Hotel memandangkan Kami telah terlepas makan malam maka Aku dan Ilham memilih kebab yang dijual berhadapan hotel sebagai makan malam kebab kambing pilihan Aku dan Ayam pilihan Ilham.
Sangkaan Aku Ilham mahu menikmati kebab didalam bilik namun tidak, kami menikmati Kebab sambil mengambil angin Malam Madinah Al-munawarah sebuah tempat duduk di sediakan di sepanjang jalan yang betul-betul di hadapan hotel Kami menginap.
Setelah menghabiskan bacaan Kami melangkah pulang ke Hotel memandangkan Kami telah terlepas makan malam maka Aku dan Ilham memilih kebab yang dijual berhadapan hotel sebagai makan malam kebab kambing pilihan Aku dan Ayam pilihan Ilham.
Sangkaan Aku Ilham mahu menikmati kebab didalam bilik namun tidak, kami menikmati Kebab sambil mengambil angin Malam Madinah Al-munawarah sebuah tempat duduk di sediakan di sepanjang jalan yang betul-betul di hadapan hotel Kami menginap.
Sayang nak rasa tak? Aku
mengigit sedikit kebab milik Ilham dan Aku suapkan juga kebab Aku padanya. Malam
ini kelihatan tidak begitu banyak kereta munkin kerana hari sudah lewat jadi
suasana ketika ini lebih tentang tidak seperti di siang hari yang kedengaran hon-hon
kereta yang bertali arus.
Best kan duduk macam ne kan? Soal Aku lalu memejamkan
mata cuba menghayati angin malam Madinah ternyata sunguh nyaman Aku di pahamkan
ketika ini adalah musim sejuk untuk tanah arab kata Ustaz Naufal Madinah
mempunyai cuaca yang sedikit pelik dimana ketika musim sejuk ia akan menjadi
terlalu sejuk manakala apabila musim panas ia akan menjadi terlalu panas
berbeza di mekah di mana cuaca sejuk dan panasnya masih didalam keadaan tidak
keterlaluan walau apa pun ini la bumi Madinah ini telah dipilih untuk menjadi tempat istirehat seorang utusan ALLAH yang teragung.
Eh sakit la. Omelku
apabila Ilham memicit hidung Aku lalu Dia ketawa melihat, Aku dari semalam Ilham
tak habis-habis ketawa apabila mengusik kami bergurau munkin Dia senang melihat Aku
marah-marah padanya tapi bukan marah betul-betul pun marah-marah manja
gitu..he..he.hee.
Abang pagi tadi abang pergi tak ke Raudah? Soalku padanya
Pergi seronok sangat duduk kat situ rasa macam tak nak
keluar. Balas dia sambil memandangku, Aku merenungnya dengan senyuman betul
katanya bila masuk ke Raudah rasa macam tidak mahu keluar pernah Aku terbaca
sabda Rasulullah antara mimbarku dan rumahku merupakan taman dari taman-taman
syurga petikah dari HR Al bukhari dan muslim.
Mest la seronok,
itu kan taman-taman syurga dan kat situ lah tempat yang paling mustajab untuk
berdoa taw.
Eh..termenung lagi? Teguran dari Makcik Asiah kembalikan Aku pada reliati dah hanya tersenyum padanya.
BERSAMBUNG.....
No comments:
Post a Comment