MENU


[ HOME] [ CERPEN] [ PUISI] [ SANTAI] [ BUKU] [ BEBAS] [ HOBI] [ PETUA] [ GAMBAR]

Friday 5 October 2018

DOSA


Deringan telefon segera aku angkat apabila melihat Kak Nani di talian.
Hello…Hana kenapa lambat angkat? Ne mesti tengah fikir nak angkat ke tak kan?” Suara Kak Nani mengetuk gegendang telinga aku , bingit aku mendengar.
Mana ada, tadi Hana tengah ada panggilan, akak ne suka buruk sangka!”
Ok...adik ku sayang Kak Nani mintak maaf. Hana akak Cuma nak ingatkan petang nie Hana ada date dengan kawan Abang Sham .” Mendengar perkhabaran itu hati aku lemah adoii kenapa la Kak Nani beria-ria mahu kenalkan aku pada kawan Abang Sham.
Yea lah dah berbelas kali akak pesan, naik bosan Hana.”
Akak Cuma takut awak lupa jea.”
Iyea ...Hana tak lupa petang ne jam 6.00 Hana pegi jumpa yea.” Balas aku lagi sambil bibir menguntum senyuman .
Hana...akak harap pertemuan ini memberi sinar yang baru untuk Hana lupakan kisah silam,” ucapan Kak Nani membuatkan aku tersenyum pahit ucapan yang penuh bermakna.
Insylah, semoga Allah bagi jalan yang baik untuk Hana. Tapi Hana mintak, tolong jangan paksa Hana kalau Hana tak mampu .” Aku mengakhiri perbualan Kak Nani .
Aku teringatkan Kam , betapa aku bahagia ketika di samping Kam ,Kam yang romantik yang memahami namun takdir yang menentukan aku dan dia terpisah. Ia aku harus melupakan Kam walaupun apa yang berlaku itu tekadku.
******
Hana merenung juadah yang telah di hidangkan. Setelah berpuas hati dengan hasil, bibir mulus itu mengukir senyuman sambil melihat jam menunjukkan angka 10 malam.
Mana Fendi nie, biasanya waktu macam ne dah balik.’ Cetus hati Hana, kebelakangan ini rumah tangga yang dibina seakan-akan di ambang perpecahan sikap Fendi yang tiba-tiba berubah membuatkan Hana hilang punca .
Apakah Fendi sudah punyai wanita lain selain aku,’ bisik hati nya lagi seiring dengan hambusan nafas yang halus. Melihat kuku yang masih berwarna merah hatinya tiba-tiba dijentik sayu, perkahwinan baru memasuki bulan ke 5 namun telah diuji dengan kedinginan suami. Ngauman enjin kereta mengejutkan Hana dari lamunan melihat Fendi melangkah masuk dengan langkah yang longlai.
Abang dan balik?” Tegurku aku walaupun tahu Fendi baru sampai. Lantas aku mengambil beg bimbit dan mencapai tangan Fendi untuk di salam namun Fendi diam .
Hana ada masak asam pedas.” Ucapku sambil memberikan senyuman yang paling manis untuk nya.
Hana tahu… tu lauk kesukaan Abang.” Sambungku lagi cuba memancing perbualan Fendi aku memeluk lengannya mesra lalu membawanya ke meja makan .
Saya dah kenyang.” Ucap Fendi setelah lama membisu lalu menolak tangan aku dan mengatur langkah.
Abang...jamah lah walaupun sikit, Hana masak penat untuk Abang.” Balasku cuba untuk menguasai hati Fendi walaupun aku dapat merasai kegagalan ketika ini .
Saya dah kenyang !” Ucapan itu lagi dilontarkan berserta dengan renungan mata yang tajam. Lantas Fendi meninggalkan aku ke sesorangan bertemankan air mata. Apa yang harus aku buat untuk mendapatkan Fendi yang dulu apakah salah aku?”
Munkin ini silap aku jugak membuat keputusan terburu menerima Fendi walahal Kami baru berjumpa 2 kali akhirnya aku mengambil keputusan untuk menerima lamaran teringat aku pada perbualan ketika pertemuan ke dua kami.
Hana, terima lah lamaran saya kita bina hidup baru dan lupakan masa lalu kita. Insylah saya akan cuba sedaya upaya untuk membahagiakan awak.” Ucapan itu penuh dengan penghayatan dan kebahagian untuk aku ketika itu , namun hari ini semua itu satu penipuan dari Fendi dan aku menjadi mangsa aku harus bersemuka dengan Fendi, itu tekadku
******
Hana,” suara kak Nani memecah lamunan aku ketika ini.
Jauh termenung, tak kan dah rindukan kat encik suami kot baru 3 jam akak culik Hana.” Gurauan Kak Nani menundang tawa ku lantas aku mengeleng kepala .
Tahu lah pengantin baru, tapi jangan banyak termenung tak elok, nanti orang fikir suami Hana lari.” Sambung Kak Nani lagi sambil ketawa.
Dah tak baru kak, dah masuk 5 bulan dah.” Balasku sambil menyedup fresh oren yang berbaki hati aku terdetik kalau lah Kak Nani tahu apa yang aku tanggung kini pasti Kak Nani sedih seperti aku.
Ala...baru lah tu belum cukup setahun, oh ya korang pergi bulan madu di mana..?”
Belum sempat pergi lagi kak, buat masa ne Fendi kena jaga projek baru kat johor.” Aku terpaksa menipu Kak Nani ketika ini kerana hanya itu sahaja alasan yang aku fikir logik.
Oo, macam tu . Hana Akak nak tanya sikit boleh?” Ketika itu suara Kak Nani sedikit kendur dan renungan matanya penuh persoalan.
Apa dia kak? Sejak bila akak kena minta izin Hana bila nak tanya soalan ini?” Jawapku pelik selalunya Kak Nani main terjah sahaja bila ada kemuskilan .
Hana, ada masalah dengan Fendi?” Soalan itu membuatkan aku rasa tidak senang, lantas Aku memandang Kak Nani.
Masalah? Tak ada pun kak Kami ok jea kenapa akak tanya mcam tu.?” Balasku cuba menipu.
Melihat senyuman Kak Nani aku membuatkan aku semakin tak keruan.
Hana kita membesar sama-sama walaupun kita bukan adik beradik tapi Kak Nani angap Hana macam adik Kak Nani .” Jawapan Kak Nani membuatkan aku sebak , iyea kami sama-sama membesar di rumah anak yatim. Aku kehilangan keluarga ketika berumur 10 tahun.
usahkan cara jalan cara cakap pun akak dapat tahu Hana macam mana.” Sambung Kak Nani lagi ketika itu air mata menitis tanpa rasa malu lantas Kak Nani bagun dan mengambil tempat di sebelahku.
betul kan apa yang Kak Nani teka?” Aku membalas dengan angukan, aku sudah tidak mampu bersuara. Aku menceritakaan semua yang berlaku pada Kak Nani kerana aku sudah tiada tempat lagi untuk meluahkan dan sedikit ketenangan muncul setelah aku meluahkan.
Hana banyakkan sabar dan berdoa ini adalah ujian allah untuk rumahtangga Hana .”
Ujian, munkin jugak balasan untuk perbuatan Hana yang dulu.” Balasku dan aku teringat kembali semua sikap dan tingkah laku aku ketika bersama Kam dulu.
Hana istifar tak baik fikir yang bukan-bukan , cuba lah pujuk Fendi ajak berbincang elok-elok yea.”

*********
Aku memandu dengan kelajuan sederhana, aku mengambil keputusan untuk pulang ke rumah asuhan mumkin munkin di situ aku boleh melupakan masalah aku untuk seketika .
Aku teringat kembali kepada perbualan aku bersama Fendi beberapa hari lepas .
Abang…Hana nak kita berbincng.” Ucapku selepas seminggu Fendi menolak untuk makan malam bersama ku.
saya penat, saya nak rehat.” Balas Fendi ketika itu aku berada di bilik tetamu. Fendi makin melampau selepas dia mengasingkan bilik tidur, petang tadi aku nampak Fendi berpegang tangan bersama wanita lain . Malahan makan bersuap hati isteri mana tak hancur melihat kecurangan suami di depan mata.
Nak berbincag dengan isteri penat. Tapi abang bawak perempuan bukan muhrim ke sana sini tak penat ke bang !?” Soal aku ketika ini semua kesabaran aku telah hilang .
Saya tak nak gaduh dengan awak Hana. Saya harap awak boleh keluar saya nak rehat!!” Aku dapat merasai ketegasan dari suara Fendi.
Sampai bila abang nak seksa Hana macam nie.?”
Siapa perempuan tu? Kekasih abang ke?” Fendi masih diam seolah aku sedang bercakap dengan tunggul.
Kalau dia kekasih abang, kenapa abang tak kawin dengan dia dulu? Kenapa abang kawin dengan Hana?” Aku berterusaan menyoal, yea aku perlu tahu jawapan dari semua masalah ini .Sudah tak sanggup lagi untuk menjadi tungul tapi Fendi terus membeku.
baik...diam abang bermakna abang dah tak perlukan Hana lagi.”yea diam itu bermakna tiada jalan penyelesaian antara aku dah dia melainkan satu.
Hana mintak maaf banyak-banyak kalau selama ini Hana gagal menjadi isteri yang terbaik untuk abang,”ujurku sebak lalu melangkah keluar.
besok Hana pergi pejabat agama, kita selesaikan dengan cara baik yea abang.” Air mata terus keluar sedih memikirkan rumahtangga yang dibina tak sampai 6 bulan bakal hancur dengan kecurangan suami sendiri. Malam itu aku bersujud kepada maha pencipta memohon pertolonga atas ujian ini, hati aku terkenang kan Kam . Jika aku bersama Kam pasti aku tidak akan diperlakukan sebegini, segera aku beristifar sesunguhnya syaitan itu akan sentiasa menyesatkan anak adam.
******
Kenapa awak buat saya macam ne Rai..? Apa salah saya,” soalan itu tidak dapat aku jawab dan kebisuan adalah yang terbaik.
Rai...jawab! Saya perlukan jawapan.” Ketegasan mulai dirasai ketika ini.
Kam...hubungan kita tak akan kemana, saya tak nak buang masa.”Selepas itu kebisuan melanda dan kulihat wajah Kam terukir dengan kekecewaan , itu lah Kam yang aku kenal tiada sifat memaksa dan penuh dengan kasih sayang namun aku tak mampu untuk meneruskan.
Awak dah ada orang lain? Siapa Rai?”
Saya Cuma ada Allah.” Lantas aku menangis semahunya.
Hanya itu sebab nya ?” Soalan berserta renungan yang sayu.
Kam…saya nak cari siapa diri saya balik. Saya dah tak bolah hidup macam ne.” Jujur aku penat menangung semua ini aku lelah dalam menongahkah arus dunia.
Lamunan terhenti apabila Fendi menarik kerusi . Aku jadi keliru dengan keadan ini kerana hanya 3 bulan Kami merasai nikmat suami isteri selebihnya hanya kekecewan dengan sikap Fendi dia ke sana aku kesini. Tanpa banyak soal aku menuang air dan menyedokkan mee untuk Fendi munkin ini sarapan terakhir Kami bersama.Bunyi telefon tidak aku hiraukan di hati tedetik siapalah yang whapp aku pagi-pagi nie namun bertubi-tubi pesanan masuk memaksa aku memerisa.
Dah puas hati!” renungan tajam Fendi membuatkan aku takut semua persoalan telah terjawab kini Fendi menghantar gambar melaui whapp kepadaku pagi ini.
Abang...Hana mintak maaf.” Rayuku lalu memegang tangan Fendi memohon simpati.
Hana...Hana boleh jelaskan.” Ucapku lagi dengan nada sendu .
Aku dah tak perlukan sebarang penjelasan Hana, gambar tu dah cukup menjelaskan!” aku menangis tersedu- sedan tapi Fendi hanya mengeluarkan kata-kata yang tegas tanpa memikirkan perasaan aku ketika ini .
Abang tolong maafkan Hana…itu semua masa lalu Hana” Aku cuba untuk membela diri.
Masa lalu kau yang terlalu hina Hana! Setiap orang ada masa lalu dan sekarang aku tak dapat terima masa lalu kau!” Tegas Fendi memotong percakapnku
Kita jumpa di mahkamah Hana.” Fendi bangun meninggalkan aku.
Abang tolong bagi Hana peluang...tolong ampunkan Hana .” Aku memeluk kaki Fendi ,seandainya aku perlu sujud di kaki Fendi aku sangup melakukan.
Kenapa kau tak jujur dengan aku hana ?” Fendi merenung aku dengan soalan yang pedih.
Kenapa kau tak cerita perkara sebenar sebelum kita kawin ...hah!”jerkahan Fendi menunjukkan kekecewaan nya menjadikan aku isteri. Lantas Fendi meghempaskan badan di atas sofa berdekatan aku lihat Fendi memegang kepala seperti penuh penyesalan.
Hana mintka maaf abang itu kisah Hana 4 tahun dulu, masa tu hana kecewa dengan seseorang dan…”
Dan kau pilih perempuan tu untuk ubati kekecewaan kau untuk puaskan nafsu kau!?” Fendi memotong percakapan ku.
Aku menangis semahunya dulu selepas aku kecundang dlm perhubungan. Aku amat kecewa dan ketika itu Kam datang menghulurkan bantuan dari bersahabat biasa akhirnya luar biasa.
******
Di pejabat Fendi.
Boleh aku masuk fendi.”Sapaan Sham membuatkan aku tersentak.
Kau dan masuk pun.”Ujur aku
Boleh kita bincang,” soalan Sham membuatkan aku faham perbincagan yang dimaksudkan.
Pasal apa? Silakan,”aku berlagak tidak tahu.
Apa dah jadi antara kau dan Hana?” Soalan tu telah aku agak dari awal .
Aku rasa Hana dan cerita semua dekat kau, jadi kau tak perlu tanya lagi.” Balasku angkuh sesunguhnya aku sangat kecewa apabila ditipu oleh kewarakan Hana. Berselindung kejahatan di sebalik agama dan wajah yang memukau kononnya ingin mengamalkan hidup secara islam sepenuhnya.
Fendi...Hana ibarat adik aku. Aku tahu dulu dia buat silap besar tapi sekarang dia dah berubah.”
Jadi kau nak aku buat apa!” Aku ingin tahu apa cadangan Sham pada ku.
Bagi Hana pelung.” Jawapan Sham memang dalam jangkaan aku, senyuman sinis aku hadiahkan lantas bangun membelakangi Sham cuba mencerna nasihat itu.
Peluang …untuk aku di tipu lagi ke Sham!?” Soalku tegas, sesunguhnya bila teringat gambar yang aku hantar pada hana semalam aku jadi jijik dengan perlakuan mereka sunguh tak terbayang di akal aku.
Bagi aku Hana tak menipu, tapi kau semuanya bermula dari kau.” Aku merenung Sham memohon penjelasan dari nya.
Selepas kali ke dua kau jumpa Hana, kau terus ajak dia kawin sedangkan masa kau kecewa dengan mira. Hana kau gunakan untuk ubati sakit kau.”
Betul, tapi aku memilih jalan yang betul aku tak sia- sia kan dia , tak sama macam apa yang dia buat Sham!” Ucapku aku bengang bila nama mira dikaitan.
Sama macam je Fendi. Cuma takdir kau lebih baik kau memilih jalan betul dan pemilihan kau didorong oleh keluarga kau. Tapi cuba kau fikir Hana, dia tiada sesiapa masa dia kecewa dia sorang-sorang kat U.K dan orang yang dia ada masa itu adalah orang yang menyebabkan dia jadi macam tu,” aku cuba mencerna nasihat hisyam ketika ini.
dan yang kedua…adakah kau bertanya soal masa lalu kepada hana ketika itu? Tidak ada kan fendi?” soalan sham ibarat menjerut leher ku sendiri, teringat kembali pada status facebook yang pernah aku baca kononnya Lelaki yang baik tidak akan mempersoalkan masa lalu wanita yang dicintainya akhirnya terkena ke muka ku sendiri.
Aku tak pandai nak nasihat kau Fendi, tapi bagi aku setiap orang ada masa lalu dan Allah tak akan pandang masa lalu tapi di penghujung usia. Sekiranya hambanya bertaubat siapa kita nak menghukum orang lain.”
Fendi...sebelum aku keluar, aku mintak kau fikirkan.”Lantas Sham bangun meningalkan aku
Fendi...berdoa lah banyak-banyak mintk petunjuk, dan apa saja petunjuk yang kau dapat selesaikan dengan cara baik jangan sampai dua-dua teranayai.” Lantas Sham menghilangkan diri .

Aku melihat wajahnya yang putih bersih , masih berseri walaupun sudah 3 bulan tidak di jamah matahari. Sesal di hujung tidak berguna namun bersyukur kerana Allah masih memberi peluang untuk bersama . Selepas kemalangan tempoh hari, hana di sahkan koma walaupun telah melepasi tempoh kritikal sehingga kini hana belum menunjukkan tanda untuk sedar.
Maafkan abang hana, abang janji akan jaga hana sampai hana sembuh.” Aku mencium tangan wanita ini , seorang wanita yang telah aku hukum dengan semudahnya tanpa sempat dia membela diri.
Bangun lah abang janji akan menjadi suami yang terbaik untuk hana dan anak kita nanti, abang amat perlukan hana.” Ujurku lantas memegang perut isteriku dimana di situ telah wujud satu nyawa hadiah dari Allah untuk kami tanpa kami sedari.
Assalamulaikum.” Lantas aku berpaling ke arah suara yang menyapa .
Encik ne…Afendi Iskandar ?” Satu suara yang menyeru nama aku .
iye...Puan siapa.” Soalku apabila melihat seorang wanita berpurdah dating melawat isteriku.
Saya...kawan baik isteri encik Afendi semasa di UK dulu dan ini suami saya.” Ujur wanita ini lantas memperkenalkan lelaki di sisinya sebagai suami.
nama saya Kamalia najwa, dulu Hana panggil saya kam .” Sambungnya lagi
Aku merenungnya…satu nama yang sering berlegar di fikiran aku selepas 3 bulan menjadi suami Raihana .
Raihana lelaki yang baik akan menerima segala masa lalu wanita tersebut dan kini abang akan berusaha untuk menjadi lelaki itu’.ujur hati kecil fendi.

TAMAT.....







MADINAH DAN AKU

Segar angin Madinah menyapa bahagian wajahku yang terdedah, angin ini seolah- olah sama ketika kunjungan Aku tahun lalu cuma kunjungan  kali ini lebih bermakna tiba-tiba merasa ada tangan yang mengapai tanganku mengangu lamunan  bibir mengukir senyuman.
Kenapa tak tunggu di lobi. Sahut empunya pemilik tubuh itu.
Aku hanya tersenyum tanda memohon maaf atas ketelanjuran Aku pada perjanjian kami tadi.
Maaf tak sabar nak ambik angin madinah malam nie lagi pun baru berapa langkah dari hotel.  Jawab ku lalu senyuman paling manis Aku berikan lagi moga-moga dia tergoda dengan memberi kemaafan.

Kalu bab menjawap memang pandai. Balas Dia dengan seyuman tanda tidak marah pada aku.

Lalu tanganku dari tarik menuju ke suatu tempat, tempat yang Aku rindu dan pernah Aku berjanji untuk datang lagi, Raudah Aku merindui haruman mu wangian yang semerbak Syurga dunia, Namun kerinduan Aku yang utama adalah pada utusan ALLAH yang besar jiwa dan dakwahnya.


****



Jam henfon Aku berbunyi rasanya baru sahaja melelapkan mata semalam selepas pulang dari masjid Nabawi aku terus tertidur akibat keletihan munkin kerana penerbangan yang hampir 6 jam. Aku meraba di sebelah pembaringan "kosong", mana Ilham? Bisik hatiku.

Lalu Aku melihat Ilham ber qiamulai terasa beruntung diri ini punyai Suami yang soleh, ini lah Hadiah terindah dari ALLAH setelah sekian lama Aku menanti.

Dari samaran lampu bilik Aku lihat Ilham bangun dan menuju ke arah Aku lantas cepat-cepat pejam mata saja aku mahu mengusiknya, terasa ada tangan yang membelai wajah ku mencium dahiku


Sungguh Aku bersyukur pada Mu Ya ALLAH, menghadiahkan Bidadari dunia untuk Aku kata-kata Ilham menusuk ke jiwa Aku tak sangka Suami Aku seorang yang romantik kena pulak romantik di waktu pagi yang sejuk ne di Kota Al Munawarah yang indah ini, bisik hatiku yang makin berbunga tahukan Aia aku juga punyai rasa yang sama usapan pada wajahku beralih ke tanganku lalu tanganku digengam .


Ya Allah seandainya telah tiba penghujung usia ku, Aku redha dan kau gantikan pasangan yang terbaik untuk isteriku kerana dia adalah sebaik isteri bagiku ketika ini, mendengar lafaz doa Ilham yang kedua ini menyebabkan kegembiraan aku hilang tiba-tiba lantas aku membuka mata.

Awal Abang bangun, soalku dengan suara yang gugup namun tidak ketara kerana bercampur dengan suara bangun tidur.

Dah jam 4 sayang, bangun la kejap lagi azam pertama, balas Ilham dan menghadiahkan senyuman .

Senyuman terindah itu sudah seminggu menemani Aku, wajah ini lah yang Aku cari setiap kali terbangun dari mimpi.
Kenapa bangun solat tak kejut Saya? Soalku lalu membalas gengaman tangannya.
Tengok Sayang letih sangat, Abang malas nak gangu biar Sayang dapat rehat secukupnya, aku jadi malu sendiri bila Ilham mengunakan perkataan itu sedangkan aku masih ber “ awak “dan “saya” dengan nya. Namun kemesraan kami tidak lama kerana ingin merebut pahala yang berganda di sini.

Suasana agak lengang di kawasan Masjid quba, ini adalah ziarah pertama Kami di Kota Madinah, masjid quba adalah masjid pertama yang dibina Rasulllah pada tarikh 8 rabiul awal bersamaan 1 hijriah dan Masjid ini terletak di luar Kota Madinah dan Masjid Quba mempunyai banyak keistimewaan dan antaranya ialah Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda barang siapa yang berwuduk dari rumah dan mempertahankan wuduk sehingga melakukan solat sunat 2 rakaat di Masjid Quba maka pahalanya menyamai pahala Umrah .
Setelah penerangan tentang masjid quba selesai ustaz Nufal selaku mutawif yang mengetuai rombongan Kami memberikan masa setengah jam untuk menikmati dan bergambar di sekitar Masjid Quba setelah menunaikan solat tahyatul masjid dan Duha Aku mencari Ilham yang menunggu di dataran masjid.
Abang nak rasa tak ni? Soalku apabila selesai membeli kurma hidup yang dijual disekitar dataran Masjid ini.
Apa tu? Soalan Ilham munkin dia tidak pernah merasa kurma sebegini kerana di malaysia hanya terdapat kurma yang telah dikeringkan .
Sedap la sayang. Komen Ilham setelah Aku menyuap kurma itu kemulutnya.
Rasa dia pahit kelat, tapi sedap. Komen dia lagi aku melihat dia menghabis kan 4 biji kurma itu sunguh berselera dia menikmati kurma hidup yang telah dibekukan.
Pelbagai cendermata yang dijual di sekitar masjid ini dan Kami di pesan oleh ustaz Naufal supaya berhati-hati didalam membeli kerana takut ditipu.
Masih ada yang mahu menipu ke Ustaz? Tiba-tiba mulut aku terkeluar soalan itu namun Ustaz Naufal hanya tersenyum.
Iman itu adalah dari dalam hati, seandainya Kita golongan yang menjaga iman nescaya kita tidak akan tergolong di kalangan itu tidak kira di mana kita berada. Balas Ustaz Naufal dalam senyuman Aku kira tadi Dia tidak akan mengulas.

 Sayang, boleh abang Tanya sikit? Lalu aku berpaling melihat wajah Ilham ketika itu kami sedang berdiri sambil menikmati keindahan masjid kesayangan Rasulullah ini.
Dulu sayang datang umrah, Sayang datang dengan Mak Cik Laila jugak ek? Soalnya padaku .
Mmm, ye kenapa?  Aku pelik dengan soalan nya.
Maknanya sekali dengan ustaz Naufal jugak lah? Soalnya lagi
Tak la dulu ustaz lain, jawap Aku.
Tapi kan Ustaz Naufal ni bagus kan bang? Penerangan tentang sesuatu tempat sangat teliti dan setiap penerangan mesti di kaitkan dengan Hadith Nabi, balasku ye Aku suka cara penerangan Ustaz Naufal seolah-olah semua yang diceritakan berlaku di depan mata Aku, tanpa sempat Ilham menyambung kami dipanggil untuk menaiki bas kerana tempat ziarah seterusnya ialah Kebun Kurma.

*****

Suasana menunggu untuk ke Raudah agak kelam- kabut sudah hampir 3 jam Jemaah Kami menunggu giliran, Aku melihat pegawai-pegawai wanita berbangsa Arab mula naik angin dengan kerenah Jemaah wanita dari Negara-negara lain. Sememangnya beginilah keadaan di kawasan ini masing-masing berebut untuk melawat makan Lelaki teragung Muhammad s.a.w .
Adoi…panasnya. Ujur Kak Sue sambil mengibas muka aku lihat kulit nya sudah kemerah-merahan.

Sabar la akak, keadaan kat sini memang macam nie, balasku cuba untuk menenangkan dia.

Diorang ne tak sabar, cuba tengok habis semua di langgar macam diorang jea yang nak pergi, sambung Mak Cik Siah munkin bengang dengan geng Turki dan Pakistan dan Negara timur tengah yang lain yang tak mengikut arahan.

hajjah..hajjah. injlisi..injlisi, jeritan Petugas Arab makin kuat apabila keadaan semakin tidak terkawal, Mereka seolah-olah tidak menghiraukan arahan Petugas yang sedia ada sepatutnya sudah tiba giliran Jemaah Kami untuk masuk namun telah dipintas oleh Mereka.
Ibu cuba di tolak nya mereka, kok makin melampau arah seorang petugas kumpulan Indonesia apabila melihat geng Timur Tengah makin mengganas cuba memintas barisan Kami sambil dia memarahi mereka dalam bahasa Arab.
Ne dah pukul 10.30 lagi setengah jam lagi Raudah tutup, sempat ke tidak kita ne? Soal Makcik Asiah lagi. 
Sejujurnya Aku jugak bimbang dengan perkara ini teringat Aku pada doa Nabi Yunus “ la ia ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minaz-zalimin” tiada ada tuhan selain engkau, maha suci engkau,ya ALLAH sesungguhnya Aku adalah termasuk dalam golongan orang-orang zalim.
Teringat Aku pada ceramah Ustaz Kazim Elias bacalah doa ini sewaktu kesusahan nescaya bantuan ALLAH akan tiba ye kini adalah dalam kesusahan, kesusahan kerana terlalu rindu mahu menziarahi Nabi Muhammad s.a.w.  
 Banyakkan berdoa Makcik mintak ALLAH mudahkan kita masuk, ujurku pada Makcik Siah lalu aku memejam mata ' wahai nabi…telah aku sampai ke Kota kesayangan mu, telah Aku hirup segar angin Tanah Haram ini, sudah aku jejak Masjid Mu,namun sekarang Aku menunggu untuk menziarah maqam mu, wahai Nabi  terima lah Aku sebagai tetamu telah jauh beribu batu Aku kemari hanya lah untuk menemui mu, sudilah engkau menemui ku sesunguhnya Aku sayang padamu Aku cinta Padamu.
Dik jom cepat bangun, suara Kak Sue mengangu rayuan Aku lantas tangan Aku di tarik.
 Alhamdulillah, ada jugak rezeki kita, balas Makcik Asiah.
 Itu lah,  sambung Aku.
Suasana di Raudah agak padat ada di kalangan mereka yang berbangsa Turki dan Pakistan yang masih tidak mahu keluar dari kawasan Raudah, ada jugak yang duduk bersantai di kawasan berkenaan walaupun telah di marahi pegawai-pegawai tersebut .
Tengok diorang boleh duduk makan angin, komen Kak Mas sambil tersenyum Aku lihat Tini anaknya sudah kepenatan terpikir juga beruntung kecil-kecil tetapi sudah dipilih menjadi tetamu ALLAH.
Tu la, padahal kawasan ne dah padat cuba la bertimbang rasa, balas suara jamaah lain dan Aku hanya tersenyum meng ia kan.
Oleh kerana kawasan Raudah terlalu padat Kami berasak-asak untuk ke saf depan dan aku lihat ada 4 jemaah kami terlalu uzur dan hampir jatuh akibat tersepit.
Kak Sue, Kau cover belah sana, ujur Aku setelah melihat muka Makcik Siti pucat lalu Aku mengambil tugas menjaga sebelah kanan Aku dengan harapan jika di tolak boleh la Aku bertahan.
Ok cantik, balas Kak Sue, lalu kami berpegangan antara 1 sama lain agar kumpulan kami tidak dirempuh begitu sahaja.
Setelah menunaikan solat 2 raakat Aku segera bertukar tempat memberikan peluang untuk jemaah Kami yang lain untuk menunaikan solat.
Setelah semuanya selesai kami membuat satu kumpulan yang sama agar Kami boleh melindungi Jemaah yang keuzuran. Setelah meninggal tempat solat kami masih di sekitar raudah masih dalam kawasan karpet hijau di saat itulah Aku di dalam duniaku.
‘wahai nabi aku datang lagi atas jemputan Allah jugak atas doamu, dah kali ini aku tidak datang bersendirian Aku kemari bersama Suamiku syukur pada ALLAH kerana mengurniakan jodoh Lelaki yang soleh untuk ku di dunia dan moga-moga ALLAH memanjangkan kasih kami hingga ke syurga, Ya ALLAH sampaikan lah salam dan syukur untuk junjungan mulia Nabi Muhammmad atas dakwah yang diusahakan kerana dengan dakwahnya Islam telah sampai kepada ku dan moga-moga Agama ini kekal kepada zuriat dan keturunan ku. yea itulah bicara hatiku hati yang rindu pada lelaki teragung Muhammad s.a.w .
Ok...semua sudah cukup ya,  Soal Ustazah yang membawa kami ke Raudah dalam loghat Indonesia.
Yea sudah, balas Makcik Zaiton pada pandangan ku dia kelihatan sedikit penat munkin jugak kerana berasak-asak untuk masuk ke raudah tadi namun Aku kagum dengan kesunguhan nya walaupun mengunakan kerusi untuk bersolat tapi masih mahu berusaha untuk menziarahi maqam Nabi.

Lalu kami meninggalkan Raudah dengan  perasaan hiba, wajah gembira terpancar di wajah Jemaah Kami namun jauh di sudut hati perasaan hiba membelenggu hati.

 Kok senang bangat, jalan nya mundur, suara itu memecah lamunan hati kami Aku melihat Jemaah dari Indonesia berkenaan marah apabila seorang warga Turki berjalan seperti mengundur ke belakang dan hamper-hampir melangarnya.
Aku lihat kak sue sudah keras perut menahan tawa.
Kok senang, kamu jalan mundur, ejek Kak Sue dengan tawa yang masih bersisa sambil mencuit aku.
Enggak la, kok ngak lihat aku jalannya maju, balas aku lalu ketawa kami sama-sama ketawa.

Diorang ne terlalu taksud sangat, kononnya tak nak bagi bahagian pungung pada Nabi semasa berjalan tapi kan Agama kita ne mudah dan tidak digalakkan buat sesuatu sampai menyusahkan diri sendiri. 
Ucapan Makcik Asiah membuatkan aku terpinga-pinga lalu Aku memandangnya.
Jalan macam tu kan kiranya menyusahkan diri sendiri fitrah kita ne jalan macam mana? Yang tadi tu jalan macam mana pulak? Sambungnya lagi dah membuatkan Aku paham, yea lagi pula cara jalan macam tu menyusahkan semua jemaah yang ada macam mana kalau terlanggar jemaah yang keuzuran, lalu Aku melupakan semua perkara itu terasa rindu pula pada Ilham, Aku berjanji dengan nya untuk berjumpa di depan dataran jam selepas solat zohor katanya dia nak membawa Aku berjalan di sekitar Masjid Nabawi.

****
Aku menarik muka masam apabila permintaanku di tolak Ilham, sungguh Aku merasa kecil hati dengan sikapnya menolak permintaan kecil aku ketika itu.
Ala jangan la merajuk,  pujuknya ketika ini, namun aku masih mendiamkan diri.
 Ok abang janji esok kita beli yea, ujurnya lagi sikap Dia hari ini sedikit membuatkan Aku merajuk tadi semasa di kedai jubah setelah membeli jubah untukku aku memilih jubah hitam untuk Ilham pada perkiraan Aku boleh la kami memakainya bersama-sama untuk Hari Raya ke dua atau ke tiga tahun ini telahan pula jubah itu hampir sama coraknya dengan jubah pilhan Ilham untukku namun ditolak Ilham mentah-mentah dan katanya Dia mahukan jubah putih.
Yea la manalah boleh Aisy nak marah Abang, Abang kan suami, balasku suara masih dalam nada merajuk .
Kenapa cakap macam tu? Sedih Abang dengar, ok abang janji esok kita beli jubah tu ye tapi abang tak nak hitam abang nak putih, ujurnya padaku
Please sayang. Sambungnya ketika itu Ilham membuat muka simpati dan ia nya mengundang tawaku itu la Ilhamku ada saja akalnya untuk memujuk Aku.
Ok besok Kita beli jubah putih Abang lepas tu ais cream ok!  Ucapku lalu membalas senyumannya lantas Aku gengaman tangannya didalam pikiranku sudah terbayang ais cream yang dijual tadi nak beli tapi tengah merajuk dengan Ilham kata jemaah yang pernah berkunjung di sini tidak lengkap kalau tidak merasa ais cream Madinah.
Ok sayang, sambung Ilham sambil serna matanya tepat ke mataku, Aku dapat melihat kebahagian pada anak matanya namun jauh kedalam matanya terdapat satu perasaan yang sukar Aku ungkap dan perasaan itu telah mengundang kebimbangan Aku ketika ini .
Sayang ok tak ni? Soalan Ilham mengangu lamunanku senyuman sudah hilang di bibirku ketika ini.
Sayang ok, jawabku dan soalan yang sama Aku tanya padanya.
Abang akan sentiasa ok kalau Medina Aishah sentiasa berada di sisi Abang dan selalu menjadi suri di hati Abang . Ucapan Ilham itu mengundang tawa dan menghilangkan keresahan hati yang telah melanda tadi munkin itu maksud pandangan matanya risau jika Aku meninggalkan Dia.
 Abang. Panggil Aku namun terhenti pengucapannya seketika, Aku ingin melafazkan kata tapi biarlah dengan nada yang paling bermakna untuk Suamiku ini.
Hari ini, Saya Medina Aishah berjanji akan berusaha untuk menjadi Isteri yang terbaik untuk Ilham Iskandar sehingga hayat sayang, sambungku lagi
Ketika ini bangku di Dataran Masjid Saidina Abu Bakar atau jugak dikenal sebagai Masjid Ghumamah ini menjadi saksi perjanjian antara Aku dan Ilham. Melihat merpati putih berterbangan di atas kepala kami setelah air pancur di buka seumpama ianya berlaku seperti di dalam sebuah filem ditambah pula kedinginan cuaca Kota Madinah ketika ini yea, aku merenung wajah Ilham ketika ini matanya memandang Masjid Nabawi.
Bukan sehingga akhir hayat sayang, tapi sehingga akhir hayat abang, tahu? Tambahnya Aku kira perbualan kami terhenti disitu  lalu tangannya memicit hidungku dah aku menjerit kesakitan akibat menangung sakit Aku membalas perbuatannya.

*****
Aish Satu panggilan yang Aku kenal lantas Aku berpaling melihat Ilham tersenyum kepada ku, Sunguh lega perasaan ini apabila buka mata melihat Ilham di depan mata, tadi Aku mengalami mimpi yang sungguh menakutkan.
Abang. Lantas Aku memeluk se erat yang munkin.
Tadi Aish mimpi Abang pergi tinggalkan Aish. Ucapku sambil mememang pipinya cuba untuk merasai kehangatan nya, ketika ini hanya senyuman yang Ilham berikan tiada satu pun ucapan keluar dari bibirnya. Lantas dia mengusap kepalaku lalu memberikan ciuman di ubun-ubun ku akhirnya senyuman terukir di bibir.
Syukur rupanya Abang tak apa-apa. Sambungku lagi lantas mengucup tangannya lalu ku usap ke pipiku.
Aisy mari ikut Abang. Lalu Ilham memimpin tanganku aku hanya menurut tanpa membantah.

Aku mengamati keadaan di sekeliling ketika ini begitu tenang walaupun ramai orang di sekeliling tapi seolah-olah mereka tidak mempedulikan Aku dan Ilham.
Sayang cuba tengok kat depan tu, Aku melihat di hadapan seperti yang Ilham minta kemuskilan bermain di fikiranku ketika ini.
Abang sejak bila kita sampai ke sini seingat Aish kita masih di Madinah. Aku meluahkan segala kemuskilan Aku ketika ini dan seingat ku lagi tadi Aku telah pengsan dan agak mustahil untuk aku datang ke sini dalam keadaan tidak sedarkan diri memandangkan perjalanan memakan masa sekitar 8 jam dan bagaimana pula Ilham membawa Aku jika keadaan Aku tidak sedarkan diri mustahil untuk Aku naik bus.
Shutt, Sayang cuba tengok Kaabah tu cuba kita menghayati dan menghargai waktu ini.

Ilham mematikan perbualan dan permikiran Aku lalu Aku merenung sambil memeluk lengannya .
Abang ini lah impian Aisy nak bersama-sama Abang melihat pemandangan yang paling indah ini, ucapku Aku merenung wajah Lelaki di hadapan ku ketika ini . Ini lah Lelaki yang aku minta di dalam setiap sujud ku dan teringat  Aku kepada kunjungan aku 2 tahun lalu aku sering meminta diberikan teman untuk melindungi dan mendampingi ku.
 Abang tahu ini impian Aisy dan Abang cuba tunaikan walaupun bukan di alam fana. 
Aku lihat wajahnya sedikit mendung namun tenang dari biasa, apa yang bermain di fikiran Aku ketika ini adalah bukan di alam fana apa maksud Ilham sebenarnya adakah ini sebuah mimpi? Mustahil.


Abang pergi dulu, kata Ilham lantas merungkai pelukan aku padanya .
Pergi mana Bang? Soal ku kehairanan, hanya senyuman yang dilemparkan untuk Aku yang kebingungan lalu kucupan singah di dahi ku dan akhirnya Ilham pergi meninggalkan aku yang masih kebingungan.
Abang, aku memanggilnya.
Tunggu Aish, jangan tinggalkan Aish kat sini.
Langkah terhenti apabila melihat Ilham terpaku di situ namun sempat Dia menoleh dan tersenyum pada Aku lalu Ilham  meninggalkan Aku dan akhirnya Dia hilang dari pandangan  di dalam lautan manusia yang sedang melakukan tawaf, Aku seolah-olah terkapai-kapai mencari Ilham seperti kapal yang hilang nakhoda di tengah lautan.


**** 


Usai zohor hari ini Aku terus melangkah meninggalkan Masjid Nabawi menuju ke dataran Abu Bakar disini Aku cuba menghayati angin Madinah sama seperti hari pertama Aku ke sini nyaman sama seperti dulu .
Aku membuang pandangan ke arah perkuburan Baqi walaupun tidak nampak pada pandangan mata, sabda nabi  sesunguhnya sesiapa yang berkemampuan untuk meninggal di Madinah, maka meninggal lah di sini kerana Aku akan memberi syafaat kepada sesiapa yang meninggal di sini  Aku menguntum senyuman semoga Aku tergolong didalam golongan itu.

 Aisyah, satu suara mengangu lamunan  ketika ini Aku mencari pemilik suara itu rupanya ustaz Naufal tak sangka berjumpa ustaz di sini.
 Ustaz buat apa di sini ? Soalku, aku menjadi bingung apabila raut wajah ustaz naufal seperti dilanda kerisauan.
Saya cari awak, balasnya .
Awak buat apa kat sini Aisyah? Semua orang tengah cari Awak! Sambung nya lagi dah satu keluhan ku dengar .
Kenapa semua cari saya? soalku kebingungan.
Awak hilang sejak zohor sekarang dah lepas waktu isyak, awak ke mana Aisyah ustazah Laila, puan Asiah semuanya cari awak. Untuk pengetahuan awak kalau kami tak jumpa Awak sekarang saya akan buat laporan polis.

Aku terkedu benarkan apa yang dikatakan Ustaz Naufal Aku menghilangkan diri sejak Zohor jadi dimana Aku ketika Asar dan Magrib.
‘Allah’. Keluh hatiku.
 Saya Cuma nak bersendirian ustaz jawapku. Ye ketika ini itu lah yang Aku rasakan Aku tidak ingin di gangu oleh sesiapa.
Tapi cara Awak tak betul sepatutnya bagi tahu kawan Awak sebarang aktivi awak, nada Ustaz Naufal kedengaran tegas ketika ini.
Saya mintak maaf kalau perbuatan Saya ini menyusahkan Ustaz dan semua orang, tapi saya Cuma mahu bersendirian . Balas Aku, ketegasan Ustaz Naufal sedikit sebanyak mengundang sebak di hati Aku namun aku harus menahan supaya ianya tidak kelihatan.
Saya mintak maaf kalau kata-kata Saya tadi kasar, tapi Saya Cuma risaukan Awak.
Aku dapat rasakan suara Ustaz Naufal sedikit kendur munkin dia dapat mengesan perasaan Aku ketika ini .
Ah!! ‘kenapa kau selemah ini Aisy gagal sembunyikan perasaan sendiri’ bisik hati Aku.
Awak dan jemaah yang lain di bawah tanggungjawap Saya kalau jadi apa-apa saya lah orang yang akan dipersoalkan  harap awak faham. Sambung Ustaz Naufal lagi perasaan bersalah Aku mula timbul disebabkan Aku orang lain akan mendapat susah.
Saya mintak maaf banyak-banyak Ustaz Saya Cuma nak menikmati hari-hari terakhir Saya di Madinah, Saya nak menghabiskan masa-masa ini dengan sebaiknya. Balasku lalu mataku menghala ke perkuburan baqi jika diberi pilihan Aku akan memilih untuk menetap disini namun pilihan itu tidak memilih Aku hanya air mata yang membanjiri pipi  ketika ini Aku terus menangis tanpa mempedulikan orang di sekeliling Aku.
Menangis lah Insyallah selepas ini Awak akan lebih tenang dan percayalah tidak semua yang dipilih untuk ke situ hanya orang-orang yang terpilih sahaja, dan Awak adalah di kalangan orang-orang yang terpilih untuk ALLAH SWT bagi ujian sebegini. 
Aku tahu ucapan itu hanya untuk member semangat untuk Aku dan Aku percaya segala kata-katanya ,  namun sebagai seorang wanita sememangnya bila ditimpa ujian ini pasti akan merasa kesedihan yang sama seperti Aku.
Jom saya hantar awak balik. Ajak Ustaz Naufal.
 Aku melangkah meninggalkan tempat ini ketika ini Aku harus kuat melepaskan Ilham pergi Aku harus terima akan pemergian Ilham pergi menemui pencipta-NYA di bumi yang Baraqah.
Terima kasih Ustaz Saya masuk dulu ucap Aku setelah sampai di lobi hotel lalu hanya senyuman dari Ustaz Naufal sebagai tanda dari ucapan Aku.
 Medina Aisya ALLAH menciptakan hawa bukan dari atas untuk menjadi ketuanya bukan dari kaki untuk menjadi alas nya tetapi melainkan di sisi untuk menjadi teman sehidup dan kalau boleh  semati dan Ilham telah pun mendapat teman seperti itu ingat ALLAH itu sebaik perancang dan adakalanya Kita kena terima hakikat rupanya perancangan Kita tiada didalam perancangan ALLAH. Selepas itu Aku terus melangkah menuju ke bilik sambil otak ku berfikir ucapan itu Aku sudah menerima pemergian Ilham namun sukar untuk aku telan.

****
Pagi terakhir di Madinah jatuh pada hari jumaat Aku tersedar ketika jam menunjuk 3.30 am mata seakan tidak mampu ku lelapkan lagi munkin juga kerana  ingin meninggalkan Ilham kesorangan di sini, apabila teringat kan hal itu hati Aku dilanda kesayuan air mata menitis tanpa Aku sedar begitu cepat ALLAH menarik nikmat kebahagian Aku. 
Aku bangun untuk bersuci sambil mengejut ustazah laila yang masih di alam mimpi. Selepas pemergian Ilham Aku di nasihatkan untuk menukar bilik agar atas alasan agar emosi  lebih tenang namun Aku membantah tidak munkin Aku meninggalkan nya Aku masih merasai aura Ilham di sini dan akhirnya UstazahLlaila memutuskan untuk menemani Aku di sini.

Mengikut jadual kami akan bertolak ke mekah setelah waktu makan tengahhari ini bermakna kami sempat menunaikan solat jumaat di Madinah, satu keistemewaan apabila berada di tanah Haram ini kerana para Wanita boleh melakukan solat jumaat tidak seperti di Malaysia hanya kaum Lelaki sahaja melakukan solat Jumaat.
 Tinggal berapa juzuk lagi Aish? Soal Kak Suraini padaku
 Tinggal lagi 3 juzuk, harap-harap sempat la khatam kt Mekah nanti. Balas ku lalu dia memuji Aku “pantas” katanya  sambil menunjukkan ibu jari padaku.
Nanti kita khatam Al-quran di depan Kaabah sama-sama ye Sayang. Lantas Ilham berpaling kepadaku dengan senyuman hari ke dua kami di Madinah . Aku membalas nya dengan angukan selepas solat isyak Kami memilih untuk berada di dataran Masjid sambil menghabiskan beberapa Juzuk Al-quran di sapa pula angin malam yang nyaman.
 Tapi kalau Abang tak sempat, sayang tolong teruskan ye. Sambung Ilham lagi
Eh tak de jangan nak mengelat, kena sempat jugak. Balasku sambil menjeling padanya namun Ilham hanya ketawa dengan perbuatan Aku.
Amboi garang nya Isteri Abang ni. Tambahnya lagi dengan ketawa yang masih bersisa.
Setelah menghabiskan bacaan Kami melangkah pulang ke Hotel memandangkan Kami telah terlepas makan malam maka Aku dan Ilham memilih kebab yang dijual berhadapan hotel sebagai makan malam kebab kambing pilihan Aku dan Ayam pilihan Ilham. 
Sangkaan Aku Ilham mahu menikmati kebab didalam bilik  namun tidak, kami menikmati Kebab sambil mengambil angin Malam Madinah Al-munawarah sebuah tempat duduk di sediakan di sepanjang jalan yang betul-betul di hadapan hotel Kami menginap.
Sayang nak rasa tak?  Aku mengigit sedikit kebab milik Ilham dan Aku suapkan juga kebab Aku padanya. Malam ini kelihatan tidak begitu banyak kereta munkin kerana hari sudah lewat jadi suasana ketika ini lebih tentang tidak seperti di siang hari yang kedengaran hon-hon kereta yang bertali arus.
Best kan duduk macam ne kan? Soal Aku lalu memejamkan mata cuba menghayati angin malam Madinah ternyata sunguh nyaman Aku di pahamkan ketika ini adalah musim sejuk untuk tanah arab kata Ustaz Naufal Madinah mempunyai cuaca yang sedikit pelik dimana ketika musim sejuk ia akan menjadi terlalu sejuk manakala apabila musim panas ia akan menjadi terlalu panas berbeza di mekah di mana cuaca sejuk dan panasnya masih didalam keadaan tidak keterlaluan walau apa pun ini la bumi Madinah ini  telah dipilih untuk menjadi tempat istirehat  seorang utusan ALLAH yang teragung.
 Eh sakit la. Omelku apabila Ilham memicit hidung Aku lalu Dia ketawa melihat, Aku dari semalam Ilham tak habis-habis ketawa apabila mengusik kami bergurau munkin Dia senang melihat Aku marah-marah padanya tapi bukan marah betul-betul pun marah-marah manja gitu..he..he.hee.
Abang pagi tadi abang pergi tak ke Raudah? Soalku padanya
Pergi seronok sangat duduk kat situ rasa macam tak nak keluar. Balas dia sambil memandangku, Aku merenungnya dengan senyuman betul katanya bila masuk ke Raudah rasa macam tidak mahu keluar pernah Aku terbaca sabda Rasulullah antara mimbarku dan rumahku merupakan taman dari taman-taman syurga petikah dari HR Al bukhari dan muslim.
Mest la seronok, itu kan taman-taman syurga dan kat situ lah tempat yang paling mustajab untuk berdoa taw.
Eh..termenung lagi? Teguran dari Makcik Asiah kembalikan Aku pada reliati dah hanya tersenyum padanya.



BERSAMBUNG.....