MENU


[ HOME] [ CERPEN] [ PUISI] [ SANTAI] [ BUKU] [ BEBAS] [ HOBI] [ PETUA] [ GAMBAR]

Thursday 2 June 2022

YANG TERPENDAM

 



Prolog

Aku  cuba membetulkan kedudukan nya agar lebih selesa walaupun telah berkali-kali cuba beralih tapi hasil tetap sama munkin keadaan semakin sarat menyebabkan semua nya rasa tidak kena.

“Sayang ok tak ne ? abang tengok macam tak selesa je”.Soal Adam apabila melihat wajah ku yang sedikit berkerut.

“ ok… Cuma rasa tak selesa je”. Balasku dan serta merta Adam mengambil bantal untuk letak di belakang ku, alhamdulillah aku bersyukur kerana di anugerah seorang lelaki yang sangat memahami dan bertanggunjawap terhadap aku teringat aku pada peristiwa lepas yang telah menguji ikatan kami berdua.

 

***

 

You nak bincang apa Adam ?   Penting sangat ke sampai tak boleh tunggu esok?  Soalan itu begitu keras mengetuk gegendang telinga aku Ketika ini , sudah berhari-hari aku menahan sabar dengan kerenah nya tetapi hari ini  kesabaran  aku sudah tiada.

 

 I nak tahu pasal Medina,” Balas ku ringkas.

Why dengan Medina ?”  Raut wajah Zara  penuh tanda tanya ketika ini .

And you siapa nak ambil tahu pasal dia ?”  Soalan itu benar-benar menguji kesabaran aku Ketika ini ,… aku tahu sebolehnya dia mahu sembunyikan kenyataan ini dari aku .

“ Dia anak you dengan siapa?”  Soal aku  dengan hantaran renungan yang tajam.

“ Dia anak you dengan haikal ke ?”  Soal ku lagi.

You jangan nak menyibuk urusan hidup I Adam !”  Lalu aku lihat Zara bangun untuk berlalu pergi .

“ Zara jawab soalan I dulu”  Aku cuba menahan dia untuk berlalu pergi.

“ Iye anak I dengan haikal !... kenapa?” Satu renungan mata yang penuh amarah berdiri di hadapan aku Ketika ini … yang penuh kebencian bukan lagi cinta seperti dulu.

“ Dan I pelik apa masalah you ni?”  “Nak menyibuk hal rumah tangga orang lain, you siapa ?”

 

I dulu suami you Zara  sorang lelaki yang hampir separuh mati cinta kan you ,tapi you curang you kawin dengan orang lain waktu I tak de’. Kata-kata itu Cuma terzahir di hati bukan di bibir sungguh di mata nya.. sudah tiada lagi cinta buat aku.

You kawin dengan Haikal baru 4 tahun tapi Medina sekarang dah 5 tahun jadi kalau Medina tu anak Haikal bermakna you mengandung sebelum kawin ye?

Pang….satu tamparan melekat di muka ku membuat kan aku tersedar dari marahku, lalu  melihat Zara pergi meninggalkan aku sendiri.

 

******

 

“Adam… Ibu Cuma nak tengok anak Ibu ne Bahagia je. Lupakan kisah lalu. Adam perlu teruskan hidup Adam.”  Suara Ibu masih bermain di minda aku Ketika ini , lewat petang semalam Ibu mintk aku untuk makan malam di rumah. Aku Cuma turutkan tanpa berfikir sebabnya munkin Ibu rindu kan aku. Tapi lain pula jadi nya bila Ibu menyatakan hajat nya.

“ Dia dah Bahagia Dam dia dan jumpa penganti Adam .” Tegas tapi penuh makna munkin dia mahu sedarkan aku.

 

 Aku hanya diam seribu Bahasa. Sambil merenung di setiap penjuru bilik ini masih terbayang wajah Zara, setiap sudut rumah ini masih ada bayangan Zara. Bagaimana untuk aku gantikan wajahnya dengan yang lain. Aku mengeluh sendiri munkin betul cakap Hafiz aku ne dah gila talak. Gila… pada talak yang tidak aku berikan.

‘ tak pe la esok-esok munkin Ibu akan lupa’ . omel hatiku.


‘Zara dah Bahagia ke ?' 'Agak-agak dalam hati Zara masih ada aku tak?' . Soalan yang aku sendiri tiada jawapan . Tak pe aku kena lupakan semua ne,  aku harus fokus denga apa yang aku rancang.

 

 

***




 

Hari ini sudah lebih dari 15 kali Zara menerima panggilan dari Adam tapi satu pun Zara tidak jawab .

 

‘apa yang dia nak ye? Dah seminggu dia cuba call aku’. Bisik hati kecilku.


 Teringat pada pertemuan 2 minggu lepas Adam mempersoalan kan status Medina  sedikit kebimbangan melanda hati. Risau jika Adam tahu perkara sebenar .


‘mustahil dia tak akan tahu hal nie, sebab yang  tahu perkara nie selain mak dan ayah hanya  along adik ,  along kat uk,  adik boleh dipercyai  sebab nya , adik lansung tak ngam dengan Adam.


 Sukar untuk Zara faham perangai adik memang, dari dulu Mazlan tak pernah ngam dengan Adam.

Adam cuba untuk berbaik-baik dengan Mazlan tapi tidak bagi Mazlan dan bila dengan Haikal, Lan lagi menyinga dan Haikal pula langsung tidak menunjukkan tanda untuk berbaik dengan Mazlan  tak seperti Adam .

 

***


“ Menung apa tu”? Soal Adam kepada padaku sambal memeluk belakang ku lalu mencium leherku.

“ Hurmm”. Aku mengeluh.

“ Kenapa nie?” Soal nye pada aku sejak aku menerima perkhabaran yang Adam harus ke Kuwait hati aku jadi gusar dan tidak menentu padahal ini bukan pertama kali dia meninggal kan aku sejak kami berkahwin. Tapi kali ini aku rasakan seolah-olah berat hati untuk aku melepaskan dia pergi.

“ Abang pergi tak lama sayang seminggu je”. Ucapan Adam seolah-olah tahu akan keluhan aku sebentar tadi.

“ Abang kalau boleh abang tak nak pergi sayang , tapi bila jadi hal macam ne orang sana tak nak razlan uruskan dan papa mintak abang turun untuk selesaikan. Seminggu je sayang tak lama pun”. Sambung Adam lagi.

“ Tah la abang …rasa tak sedap hati, sayang takut”. Balas aku

“Shuttt….. jangan fikir bukan-bukan sayang, bila kita fikir yang baik insyallah semua nya akan baik” . Itu ucapan Adam.

“ Dah..dan  jangan nak rosak kan mod honeymoon kita ok.” Ucap Adam,… masih berbaki 4 hari Adam akan terbang ke kuwit atas urusan kerja dan sebelum berangkat ke sana Adam menyambung honeymoon kami yang keberapa kali aku tak pasti.

“ Abang harap bila balik nanti akan ada berita gembira untuk kita sayang”. Lantas tangan nya menyentuh Rahim ku aku faham akan maksudnya kerana aku pun inginkan perkara yang sama.

“ insyallah amin” balas ku lantas berpaling dan memeluknya dengan penuh rasa cinta.

“ jom” bisiknya

“ ke mana” balasku tapi tiada jawapan hanya dengan perbuatan dia mengangkat ku menuju ke tempat peraduan faham la aku akan maksudnya.

 

Tit..titt.. bunyi itu menyedarkan aku dari lamunan ku lihat 2 wahpp masuk.

 

Zahra … I mintak maaf dengan apa yang berlaku 2 minggu lepas… I harap u sudi maafkan I

 Pesanan pertama dari Adam munkin bosan kerana panggilan nya tidak aku jawap tapi whapp ini pun aku abaikan.

 

Zara I nak jumpa you sangat-sangat ada perkara penting yang I nak bincang dengan youplease Zara . Pesanan ke dua ini aku balas

I busy, kalau ada apa-apa you text je, lagi pun I ne isteri orang you kena ingat tu’. Sengaja aku cakap begitu biar dia tahu tentang hakikat itu.

 

I faham you isteri orang, tapi bukan kita jumpa di tempat tersorok. Lagi pun I akan call Fatin untuk temankan. Kita jumpa bertiga.

 

Please Zara.  I tahu I bukan sapa-sapa lagi pada you, dan I sedar hakikat yang you dah jadi milik orang, tapi bagi lah I ehsan sebagai seorang kawan yang pernah ada di hati you zara perkara tu betul-betul penting bagi I tapi munkin tak penting bagi you.

 

Pesanan ini agak Panjang dari yang lain. Hati aku tertanya apa yang Adam nak bincangkan .

 

 

***

 

 

Di tempat yang sama 2 minggu lalu, kali ke dua aku jejak untuk berjumpa dengan Adam , aku lihat Fatin  bekas iparku sedikit jauh dari kami seolah-olah sengaja memberi ruang untuk aku dan Adam .

“ Thank sebab you sudi jumpa I.”  Ucap Adam sambal memberikan senyuman yang indah untuk ku. Senyuman itu lah yang selalu aku rindu dan tunggu dahulu tapi sekarang kami sudah terpisah oleh takdir.

“ perkara apa yang you nak bincangkan tu”. Aku cuba untuk ringkaskan pertemuan kami.

“Zara”. Ku lihat Adam cuba untuk memulakan perbualan tetapi ada sedikit kegusaran namun aku tenang walaupun hati aku Ketika ini seolah dilanda badai.

“ Kalau I diberi pilihan antara kedudukan dan isteri Ketika itu. of course I akan pilih isteri , Ketika itu”.Ucap Adam pada ku.

 Aku merenung Adam yang berada di sisi ku Ketika ini.  Menjadi persoalan aku Ketika ini kenapa Adam cuba mengungkit perkara yang lepas.

past is past Adam, I dah tak nak fikir pasal tu”. Aku cuba menghentikan semua itu.. tak manis bagiku.

You tahu tak Zara?” Masa I dalam tahanan.  I rindu isteri setiap masa dan berkali-kali I cuba untuk melepaskan diri, dan setiap kali I ditangkap balik I akan di seksa bermingu-minggu”. Aku dapat mendengar nada suaranya sedikit sebak.

“ Tapi walaupun I diseksa itu tak mematahkan semangat I untuk larikan diri lagi. You tahu tak perkara apa yang menyebabkan I tak takut dengan seksaan tu ?” Adam menyoal ku Ketika ini tapi aku hanya diam .

“ Sebab I tahu kalau I bebas , I akan jumpa balik you. And  I tahu isteri I tengah tunggu I”. Adam diam tapi meneruskan kata-katanya.

“ Itu lah yang membuatkan I tak takut dan semakin bersemangat untuk larikan diri.”Aku diam membisu apabila mendengar perkara ini hati aku sakit untuk mengatahui perkara sebegini.

“ Adam semua tu dah berlalu I tak nak you ungkit dan sebut lagi perkara tu”.tegas ku lagi

“ Tapi bagi I you perlu tahu apa yang I lalui dulu, I nak you tahu bukan I tak usaha untuk bebas”. Balas adam

“Cukup Adam !  Walaupun apa yang you cerita sekarang semua nya dah tak berguna”. Aku meneruskan kata-kata ku walaupun perit.

“ Sebab I dah ada kehidupan I , kita dah terpisah dan ini takdir kita”.Ucapku lagi

‘ Takdir tu you yang pilih ZARA, kalau you pilih untuk setia dengan I perkara nie tak kan terjadi , you faham tak !’ ucap ku tapi Cuma di dalam hati, tidak terluah oleh kata-kata.

" 5 tahun berlalu tak kan takde lansung cerita untuk you kongsi dengan i zara. At lease satu cerita itu  dah cukup untuk jawap 1000 persoalan i".  Balas Adam munkin sedang meminta penjelasan dari kisah 5 tahun dahulu.

“ I balik dulu Adam”.  Aku cuba terpaksa mengambil Langkah,  Meninggal kan suasana yang seperti ini. Kejam munkin itu angapan Adam. Tapi ketika ini sedang cuba menahan tangis.

“ Nanti dulu Zara, ada benda yang lebih penting yang I nak bincang dengan you”. Suara Adam sedikit tegang dari tadi.

“ Kalau you nak ungkit perkara yang lepas I dan tak nak layan, sorry Adam I mintak diri dulu”. Balasku dan cuba berlalu pergi.

I nak bincang pasal Medina.” Ucapan itu menghentikan langkahku.

Why dengan Medina ? Apa yang you nak tahu pasal anak I?”  Dengupan jantungkan laju bila nama Medina timbul di antara kami.

Aku lihat Adam mengeluarkan satu sampul surat dan meghulurkan pada aku.

“ Baca” . Aku melihat satu persatu isi kandungan surat dan bila aku faham jantungku bagaikan terhenti di sini.

 “Sekarang I nak you berterus terang pasal Medina”. Tegas dan aku lihat matanya berkaca.

“ Dia anak I kan Zara.” Aku tidak mampu bertentang mata dengan Adam kerana mataku sudah berkaca.

“ Zara” . panggil Adam lagi.



PART 2

“ Medina anak kita kan? …Please jujur dengan I Zara.” Sambung Adam lagi

I  ada hak untuk tahu kebenaran nie ! ”  Fikiran ku masih berputar bagaimana Adam tahu ? siapa yang bagi tahu? Dan macam-macam lagi.

“ Zara” .  Suara itu memecah lamunanku , aku merenungnya

 

“ Iye.” Balasku tanpa sedar. Kadang - kala mulut lebih laju berbicara dari otak yang sedang berfikir.

“alhamdulillah”. Aku lihat Adam terus bersujud syukur dan dibibirnya hanya kedengaran lafaz alhamdulillah subhanallah, itu sahaja yang mampu dia kata kan.

“ Zara terima kasih sebab tak sembunyikan kebenaran ini, terima kasih sebab sudi lahirkan zuriat I”. Mendengar ucapan Adam mata ku menjadi kabur apa yang ku tahan tadi telah terburai

‘ Ya Allah…kenapa dengan mudah aku membuat pengakuan sedangkan sebelum ini aku nekad untuk merahsiakan’. Detik hatiku.

“ Zara”. Lama dia berdiam munkin cuba untuk mengumpul kekuatan

“ izinkan I jumpa Medina… I nak kenal anak I, dan I nak anak I kenal siapa I ”. Ucapnya

“ Bagi I masa Adam.” Aku cuba untuk meminta ruang untuk menghadam akan perkara yang berlaku Ketika ini.

Ok … I akan tunggu.” Balasnya ringkas .

“Zara …Medina panggil u apa?” Soalnya ada pada ku

“Mama”. Balasku ringkas dan aku lihat senyuman di wajahnya

 

*****

 

“ Ibu  tak faham kenapa Zara sembunyikan hal ne.” Ucap Ibu apabila aku ceritakan perkara sebenar.

“Munkin ada sebab kenapa dia buat macam ne Bu.” Balasku ringkas semalam Zara memaklumkan pada ku pada hujung minggu ini adalah pertemuan yang aku tunggu-tunggu iaitu pertemuan pertama dengan Nur medina teringat whatsapp dari Zara 2 hari lepas.

You dan ready nak jumpa anak you? Ringkas sahaja pesanan whatsapp dari Zara.

Insyaallah …dah . Balasku penuh dengan teruja.

Good. Sunday 12.00 pm at pavilion. Balasan whatsapp dari Zara menambah gentar di hati aku

Ok and thanks. Balasku lantas memberikan icon senyum.

“Adam dengar tak apa yang Ibu cakap nie.” Ibu menepuk bahuku membuatkan aku tersedar dari lamunan.

“ iye Bu, Adam dengar Ibu walau apa pun. Zara tetap ada alasan tersendiri kan. Dan apa pun alasan dia kita tetap kena hormat , kan Ibu pernah cakap sebelum ni.”  Balasku sambal memegang tangan Ibu.

“Ibu patut kena happy. Rupanya selama ini ibu  dah ada cucu taw ”. Ucap ku cuba untuk memancing mod gembira Ibu.

“ cucu Ibu tu nama nya Nur medina binti Adam azfar, comel macam neneknya.” Sambung ku lagi dan aku lihat ada senyuman di bibir Ibu tanda aku telah menang.

“ nanti bawak dia jumpa Ibu ye”. Balas ibu dengan nada yang ceria.

“Tentulah..nanti Adam  bawak dia tidur sini , biar dia kenal dengan atuk dan nenek nye.” Aku melihat senyuman Ibu yang paling manis Ketika ini munkin tak sangka dia sudah naik pangkat.

“ Adam ingat lagi tak dengan Lin”? Soal Ibu pada ku.

“Lin… anak uncle Yusuf?.” Balasku dan ibu menganguk.

“ dia kirim salam pada Adam.” Aku menjawap ringkas aku tahu maksud Ibu dan akhirnya aku meminta diri untuk pulang kerana ini adalah alasan mengelak paling berkesan.

 

*****

Aku hanya mampu menahan sebak apabila melihat Adam dan Medina Ketika ini .

 

Assalamulaikum … Hello. .. sayang. Ucap Adam  ringkas dan mengengam tangan Medina yang masih kaku berdiri lalu  Adam tunduk menyamakan kedudukan .

“Anak papa, tak rindu Papa ke?”  Soalnya pada Medina yang Ketika itu masih lagi beku dan kaku .

“Papa rindu sangat pada anak Papa nie.” Masih Cuma untuk memancing Medina yang masih diam membisu

Satu baris ayat yang akhirnya membuatkan jiwa Medina runtun jua. Akhirnya memeluk Adam erat dan ada tangisan yang sangat kuat. Aku percaya itu adalah tangisan rindu yang terpendam selama bertahun.

Teringat aku pada perbualan aku dan Medina pada 2 hari lepas .

 

“ Mama boleh tak kalau Dina nak pakai baju  ni”. Satu soalan dari bibir nipis itu mengetuk gegendang telinga ku, aku merenung padanya melihat baju yang dipilihnya.

“ kenapa Dina nak pakai baju nie? Kan banyak lagi baju-baju yang lain Dina suka”. Soalku padanya pelik dengan perlakuan Medina kerana baju kurung bukan lah menjadi minat Medina sebenarnya.

“ tah la mama tapi Dina rasa nak pakai baju nie, mest papa suka kan mama”. Soal Medina kepadaku Kembali.

“ walapun Dina pakai baju lain papa tetap suka pada Dina taw”. Balasku cuba untuk bantu menukar pilihannya .

“ lagi pun mama tengok kemeja and skirt  ne cantik Dina, Nampak Dina macam lisa black pink taw,nanti papa mest lagi suka”. Ucapku cuba untuk membantu Medina buat pilihan .

“ hurmm…tapi tak nak la mama , Dina rasa nak pakai baju ne je”.Medina cuba untuk tegas dengan pilihanya

“ ok lah..terpulang pada Dina la kalau macam tu, jangan cakap mama tak bagi cadangan ye”. Balasku sambal tersenyum, baju kurung moden berwarna biru dan bercorakan bunga menjadi pilihan Medina dan aku terpaksa akur dengan pilihannya.

“mama nak tanya ne, kenapa Medina nak sangat pakai baju kurung ne ye? Bukan ke sebelum ne Dina tak suka ke dengan baju-baju macam ne?” Soalku lagi lalu tunjukkan  tshirt dan blouse kesukaannya .

“ sebab Medina nak bila papa tengok, papa tak kan lupakan Dina sampai bila-bila dan papa tak kan tinggalkan Dina lagi”. Ucapan Medina mengingatkan aku pada di awal perkenalan aku dengan Adam dulu .

“ I suka tengok you pakai baju ne, you nampak manis”. Suara itu sering mengacau hidup aku sejak kebelakangan ini.

“ oh yea..bukan hari ne je I cantik ye hari-hari I macam ne”.Balasku

“ mama”. Lamunan ku terhenti dengan panggilan Medina

“ nanti mesti papa suka kan bila Dina pakai baju ne”. Dan aku mengangguk  dan memeluk Medina . Dulu aku memikat Adam dengan baju kurung kini Medina juga berbuat perkara yang sama.

Thanks Zara , suara Adam memecah lamunan aku,

you bagi peluang I jumpa Medina. Balas Adam setelah melihat aku angkat kening sebagai pertanyaan.

you are the best mom . Ucapnya lagi.

I tengok medina anak yang baik . pandai you didik dia.” Sambung  Adam  lagi .

Pujian you terlalu berlebihan Adam .

No.. I tengok Dina budak baik and I know you Berjaya didik dia dengan baik .”  Balasnya lagi

“ Terlalu awal untuk you nilaikan  anak you, baru hari ne you jumpa dia,of course dia  akan berkelakuan baik. Ucapku lagi walaupun pada hakikatnya Medina adalah anak yang baik dan mendengar kata.  

“Lepas nie I akan kerap jumpa Medina.”  Suara itu agak keras dan merupakan satu arahan untuk aku,

No.. I means.  I harap lepas nie you izin kan I jumpa Medina selalu..boleh ye..?”  Sambung Adam apabila aku merenungnya tajam , yea ini lah cara Aku Ketika menjadi isterinya dahulu  dan apabila runungan tajam itu aku lontarkan padanya Adam akan cepat-cepat memujuk Aku dengan perkataan yang lebih sopan.

Zara..Zara

Suara itu hentikan ingatan aku . adui kenapa aku kerap teringat kisah dulu-dulu.

Boleh yea… ? Suara adam membuatkan Aku Kembali ke alam nyata .


insyalah boleh. Balasku .

…….

Taburan kaca yang berderai ke lantai seiring dengan air mata aku Ketika ini . Perbuatan Haikal kadang kala tak terjangka di akal meluahkan perasaan dengan cara kekerasan dan sesiapa yang sahaja yang ada pasti menjadi mangsa sungguh perbuatan ini tidak pernah aku lihat semasa mengenali nya dulu .

“Aku Cuma nak ingat kan kau Zara. Kau isteri aku yang sah ,jaga aib aku itu jea.” Ucap Haikal dan bunyi pintu yang kuat menandakan hanya aku yang tinggal dia ruang sepi ini .

‘ jaga aib nya.’ Sehingga kini aku masih bingung perbuatan apakah yang Aku lakukan sehingga menjatuhkan aib nya. Sungguh Aku tidak faham Kadang kala baran Haikal tidak terjangka di akal .

“ sakit ke Mama .” Suara itu membuatkan aku cepat-cepat menyapu air mata yang bersisa.

“Eh tak la sayang , tak sakit pun .” balasku cuba berbohong , tak sedar bila Medina masuk ke ruangan ini .

“ Daddy selalu pukul Mama macam ne. dia tak sayang Mama ke?” Pertanyaan Medina membuatkan Aku bukam . Tiada jawapan untuk soalannya melainkan hanya rasa bersalah kerana Medina terpaksa menonton perkara yang sebegini.

“nanti Dina bagi tahu Papa.” Ucapnya lagi

“eh..jangan .” Balasku agak terkejut dengan apa yang keluar dari mulutnya .Risau jika Medina terlepas cakap pada Adam . pasti akan Panjang cerita nanti.

“tapi kenapa?” Soalnya munkin hairan kenapa aku tidak benarkan dia buat begitu .

“papa busy sayang. Kita jangan bebankan papa dengan hal family kita ye ?” Balasku cuba menutup mulutnya .

“ermm … betul jugak cakap mama kan kesian papa nanti.” Jawapan itu telah mengundang lega di hati aku.

“tapi kan mama, Papa tu bukan family kita jugak ke? Dia kan papa Dina?” Adoi akibat terlepas cakap setiap soalan media bakal menjerut tengkuk ku Ketika ini .

family kita jugak …” aku cuba mencari jawapan yang paling lojik Ketika ini .

“ Tapi papa kan tak duduk satu rumah dengan kita. So baik kita jangan susahkan papa ok.” Munkin itu jawapan yang dapat selamatkan aku Ketika ini.

“ Dah malam ne sayang . Esok kan nak bangun awal , ingat lagi tak Dina janji dengan papa apa ?” soalku cuba menukar topik.

“ ingat.. besok papa nak bawak Dina pergi rumah tok ma dan tok pa.” Balas Medina sambal tersenyum lalu aku bawa Medina ke bilik nye untuk temaninya tidur .

“Mama…Tok ma n Tok pa tu garang tak?” Soal Medina kepada ku Ketika aku bangun dari pembaringan.

“ tak la diorg baik sangat ..and papa cakap diorang tak sabar nak jumpa Dina taw.” Balasku .

Sungguh kedua bekas mertua ku itu terlalu baik . teringat Aku pada pertemuan terakhir kami beberapa tahun dulu.

 

“ Ibu redha terima segala ketentuan ni. Dan kalau ini keputusan Zara teruskan lah.” Aku lihat mata nya berkaca munkin sukar menerima keputusan aku.

“Zahra berhak untuk  buat keputusan demi kebahagian Zahra sendiri”.Balasnya lagi.

“Terima kasih bu sebab faham zara. Kasih – sayang dan kenangan yang tinggal dengan abang,  zara tak kan lupa sampai bila-bila .Tapi dalam masa yang sama Zahra tetap kena teruskan hidup zara.”Balasku berharap ibu mertua ku ne faham akan keadaan aku.

“ Zara masih muda . masih jauh perjalanan dan kalau nak tunggu Adam pun dah tak balik dah.” Ucap ibu mertuaku.  tangannya gengam erat tangan ku dan mata nya jauh merenung ke pintu  dan terlihat air mata mengalir di situ . kami berkongsi satu perasaan yang sama Ketika ini iaitu merindui pada lelaki yang sama dan berharap pada keajaiban  namun setelah beberapa tahun masih tiada khabar dan akhirnya penantian kami diakhiri kekecewaan .


**** 

“ Medina dah tido ke?” . Soal puan Maria pada ku.

“Dah bu…baru je tido.” Jawap ku lalu aku lihat senyuman di wajah Ibu Ketika ini.

“Comel je Ibu tengok Medina tu..muka dia ada iras-iras Adam..tapi hidung ikut Zara kulit pun ikut zara.” Komen puan Maria . sejak kedatang Medina siang tadi Ibu lah  paling gembira sibuk melayan Medina munkin excited dengan kedatangan cucu pertama dalam keluarga ini.

“Aah kan bu…tak sangka yang Adam dah ada anak sorang.” Balasku

“Ingat ke duda single rupanya double…dah tak hot la.”Sambung Aku lagi lalu kami berdua ketawa.

“Dulu Ibu pernah hilang Anak dan lepas tu menantu…masa itu sedih nye hanya ALLAH je yang tahu. Tapi alhamdulillah ALLAH dah pulangkan balik Anak Ibu dan siap bagi cucu lagi.” Ujur puan Maria sambal tersenyum.

“Adam mintak maaf sebab hilang terlalu lama. Bukan kehendak Adam untuk jadi macam ne.” Balasku dan mengeluarkan satu keluhan

“Adam  berusaha untuk balik tapi beribu kali cuba tetap gagal.”  Sambung aku lagi, Teringat pada peristiwa hitam itu . Aku ditahan oleh penganas Ketika itu di sempatan Kuwait dah Iraq waktu  sudah larut malam dan Aku dalam perjalanan pulang ke hotel. Namun tiba-tiba berlaku letupan yang kuat  dan bila aku tersedar dari pengsan aku sudah berada di suatu tempat yang Aku tidak tahu di mana . Dan dari peristiwa itu lah titik permulaan untuk segala kehilangan yang berlaku dalam hidup Aku.

“ Adam masih ingat lagi pada lafaz yang adam buat pada hari perkawinan kami.” Ucapku dah ibu memandangku dengan sebuah pertanyaan.

“ Saya mengaku bahawa apabila saya tinggalkan isteri saya Zahra Sofea binti Mohd Lutfi selama 4 bulan hijrah berturut-turut atau lebih dengan sengaja atau paksaan  atau wakil saya tidak memberi nafkah yang selayaknya kepadanya selama tempoh masa yang tersebut pada hal dia taatkan saya atau saya melakukan sebarang mudarat atau lazim menyakiti tubuh badannya atau mengkhianati atau melupuskan hartanya kemudian dia mengadu kepada mahkamah ada apabila sabit aduannya di sisi mahkamah dia memberikan kepada mahkamah yang menerima bagi pihak saya sepuluh ringgit maka pada Ketika itu tertalaq dia dengan cara talaq khul(tebus talak).” Sampai sekarang bu adam tak dapat lupa semua tu.” Lalu aku terdiam

“ kalau la Adam tak buat lafaz tu mesti Adam dan Zahra masih Bersama kan bu.” Soalan ku pada ibu dan satu keluhan keluar dari mulutku.

“ astafurullahallzim..bawak mengucap adam ini adalah qada dan qadar ALLAH  kalau kita mengaku beriman maka wajib kita terima segala ketentuan dan ketetapan dengan hati yang redha adam.” Ucapan ibu membuatkan aku sedar akan hakikat ini . Aku terima apa yang berlaku tapi aku tidak redha dengan semua ini sedangkan mulut berkata ia tapi tidak hati.

“ kita merancang ALLAH juga merancang tapi perancangan kita tak ada dalam perancangan ALLAH Adam ,dan kita tahu ALLAH itu sebaik perancang.” Sambung Ibu sambal memeluk aku erat.

“ Insyallah,  Ibu doa kan semoga ALLAH mengantikan kesedihan Adam ne dengan sesuatu yang lebih baik nanti.” Ucap Ibu lagi lalu mencium dahi Aku Ketika lalu mengusap rambutku.

“amin..thnks bu.” Balasku pendek lalu meraup wajahku

“dah tak nak nagis-nagis ne. patut Adam yang menagis ini terbalik pulak.” Ucapku cuba untuk menceriakan suasana .

“ habis Adam buat drama..mana Ibu tak sedih.” Balas puan Maria pada ku.

“Ibu tahu anak Ibu ne kuat . ALLAH pilih Adam sebab dia tahu Adam mampu .” Aku memberikan senyuman yang paling indah pada ibuku Ketika ini.

“ insyallah Adam kena lupakan perkara yang lepas… kata orang move-on.” Yea aku harus melupakan segala kenangan yang lalu...

'ermmm bukan lupa tapi simpan.' Bisik hatiku.

“ sekarang ne adam dah ada Medina..so Adam nak focus pada anak adam je bu.” Balasku.


To Be Continued .....