MENU


[ HOME] [ CERPEN] [ PUISI] [ SANTAI] [ BUKU] [ BEBAS] [ HOBI] [ PETUA] [ GAMBAR]

Friday 15 April 2016

Harga diri


Hati ..kalau tidak dijaga mati

Perasaan..kalau tidak di sentuh rapuh.

Jiwa..kalau tidak dibeli rugi

Nak dijaga perlu dengan iman

Nak menyentuh pastikan yang halal

Untuk membeli pastikan mampu

12.00 am dalam bilik atas katil

Petua Awet Muda

Saya pasti semua orang suka apabila tajuk petua adalah awet muda, ini kerana semua orang mahu kelihatan muda dan cantik ,

    ok saya akan bagi pertua paling simple dan ringkas dan ianya mampu di amalkan oleh semua tak kira waktu sibuk atau tidak.

     nak tahu apa dia..?


    Perbanyakkan minum air masak ..


Pastikan kita minum air 8 gelas sehari paling minimum tapi kalau boleh lagi banyak, ini kerana air masak mampu melancarkan kitaran didalam badan manusia.

SIMPLE jer petua saya kan..?
dulu berat badan saya adalah 65 ke atas dengan ketinggian 185 cuba banyangkan
tapi sekarang berat saya maintain 56 dan saya makan semua benda yang saya suka dan saya akan pastikan 2 botol air meneral besar habis dalam sehari.
~ SELAMAT MENCUBA ~

TeRlAmBaT ..MENCAri tuHAN

Sudah lama tidak menjenguk laman ini sedik sibuk kebelakangan ini...

sedikit perkongsian saya pada petang yang mulia ini adalah terlambat mencari tuhan..

Semalan selepas balik dari pasar malam berdekatan rumah kami 3 beradik bersembang tentang ketuhanan...kami berfikir kenapa kami lambat sedar dalam mencari tuhan ,  saya dalam keluarga saya yang paling bongsu dan ketika ini umur saya telah mengjangkau 27 tahun..saya perasan tahun kebelakangan kini keluarga saya lebih banyak mendekati diri kepada tuhan kami banyak bermuhasabah bukan bermakna sebelum itu kami semua lupa tuhan , jika dulu bagi saya sendiri sudah cukup jika saya mendirikan solat 5 waktu tanpa tinggl dan tidak melakukan perkara-perkara sumbang itu sudah cukup islam saya
jika dulu..
berpuasa di bulan ramadah saya sudah merasakan saya yang terbaik sedangkan berpuasa di luar bulan ramadhan jugak lebih baik.
jika dulu solat 5 waktu itu sudah lengkap namun jika solat selain 5 waktu itu membuatkan jiwa kita sempurna hati kita tenang dan nikmat iman makin bertambah
jika dulu saya bersedekah saya rasakan saya hebat kerana saya mampu melakukannya , tapi kini jika saya bersedekah kerana saya rasa bersyukur dan bersedih, bersyukur kerana tuhan memberikan nikmat rezki yang cukup untuk saya dan bersedih pula kerana selama ini saya merasakan saya susah tapi rupanya masih ada yang lagi susah dari saya.

. Namun kini semakin banyak saya belajar semakin banyak hal yang saya tidak tahu semakin dekat diri saya menuju kematian semakin ringan buku kebaikan saya itulah yang saya rasakan kini.
berbalik kepada persoalan yang kami fikirkan tadi  dulu keluarga kami orang susah emak tidak bekerja kerana menangung penyakit yang kuat ayah pula hanya bekerja sebagai buruh di ladang , cuba bayangkan berkerja buruh di ladang menangung isteri yang memerlukan rawatan tiap-tiap bulan anak yang bersekolah seramai 7 orang dan menjaga seorang ibu yang sudah uzur , rentetan dari itu ayah selalu menyuruh kami belajar bersungguh-sungguh supaya mejadi orang yang berjaya ketika itu perihal agama kami , cukup sekadar solat dan tidak berbuat perkara yang diharamkan agama.
berkat kesunguhan ayah kami anak-anak berjaya walaupun tidak berjaya seperti orang-orang yang ternama tapi kami berjaya keluar dari gelombang kemiskinan yang terbina dari kecil .
dan semakin menuju kejayaan , ayah dijemput ilahi ..belum sempat ayah merasai hasil tuai yang ditanam selama ini kami redha..namun sebelum ayah menjemput ilahi ayah telah menyeru kami menuju tuhan yang abadi.kata orang melentur buluh biar dari rebung saya mengaku agak sukar untuk saya menerima nasihat ayah namun saya tidak membahtah.
bertahun berlalu seruan ayah saya kira tercapai .
kesimpulanya jika kami menuju kepada tuhan dulu kami munkin menuju didalam keterpaksaan kerana yang disuruh tuju adalah ayah namun kini kami dengan rela hati mencari cinta sang hakiki , tika ini segala amalan yang kami buat terasa nikmat.. itulah cara kami menuju kepada ALLAH yang hakiki.

12.45 pm(6/10/2015)

kawin ..sunnah...

kisah nih terjadi tahun nie jugak...meh aku cerita...

aku kenal seorang kawan lelaki telah pun berkahwin anak dah 3 isteri masih lagi seorang...kami kenal sewaktu kami masih lagi single dan masa tu aku tengah study lagi...takdir allah dia bertemu jodoh dulu..setelah 5 tahun berlalu kami terserempak dan akhirnya bertukar no fon.

masa tu kawan aku ne telah bertukar ke kampung halaman dia tetapi isteri dia masih lagi di tempat kerja lama dan dalam proses memohon pertukaran..masa berjumpa aku masih lagi belum kawin tetapi sudah ada teman istimewa...dia sering menghubungi aku bertanya kabar dan aku sambut pertanyaan dia dengan baik,nak dijadikan cerita seatu hari dia bagi aku hint pasal kehidupan bermadu...jawapan aku masa tu cukup simple..
siapalah saya untuk menolak hukum allah ..saya tidak menolak poligami..tapi untuk masa ni masih tak dapat menerima poligami..kawan aku pun cakap...kenapa nak memepertikankan sunnah nabi dan dia pun ceramah leee kt aku ne...aku pun diam je..dan akhirnya aku jawap..
sebelum nak buat sunnah poligami apa kata lelaki tu buat sunnah lain dulu..conton solat di awal waktu ,pergi solat kt masjid dan yang paling hebat keluar lah tabliqh itu pun nabi buat jugak....
nak tahu apa yang kawan aku cakap....
kalau keluar tabliqh tapi makan dan pakai anak bini kt rumah tak cukup pun tak guna jugak...
nak tahu apa yang aku balas...nie jawapan aku...dalam senyumah je aku bagiSenyum

apabila seseorang lelaki tu mula terfikir untuk berkahwin perkara pertama yaang perlu dia fikir adalah mengcukupkan keperluan anak dan isteri yng sedia ada dahulu bila keperluan tu dan cukup cuba kira pula adakah cukup jika bertambah seorang ahli baru...Bersiul
kawan aku pun cakap...jangan takut tak cukup untuk berkhwin...tetapi kawinlah jika nak cukup...rezeki allah ni jangan takut bila kita buat benda baik insylaah allah tolong...
hahhah..yes pandai dia cakap..dan aku tak perlu nak bagi jawapan lagi sebab kalau aku cakap akan sama je mcm dia cakap tadi...
cuma pesanaan ku jangan mengunakan alasan ikut sunnah nabi..tapi hanya sunah itu sahaja yang dipegang.sunah lain tidak ada..bila sunah lain tidak ada..maknya yang wajib pun entaah kemana.....
jika tulisan ne membuatkan mana2 pihat tersinggung aku nak minta maaf..cuma itu sekadaar pendapat aku tentang kawan aku tadi....

june 29 oct 2015( 11.00 am)

Jodoh..tak de pon tak pe...

cerita ni dia macam nie...
 aku pernah berborak dengan member aku yang sorang nie.....aku panggil dia akak...dia cakap kt aku...
" akak ni kalau tak kawin pun tak pe".
aku tengok dia sambil memberikaan isyarat mata untuk meminta penjelasan kenapa dia cakap macam tu...lansung dia cakap..
" sebab kalau kita tak kawin kat dunia Allah akan kawinkan kita kat dalam syurga nanti..".sambil akak tu senyum...dan dia pun sambung... " jadi lebih baik kawin kat syura dapat kawin dengan bidadara yang baik-baik dan sempurna dari kawin dengan manusia yang macam-macam masalah.i
oh...sampai kesitu akak ni berfikir ,munkin akak ni dan banyak kecewa kot sebab tu dia berfikir macam tu,cara dia seolah-olah telah menyerah kalah pada takdir allah..

lantas aku memberi pendapat pada dia..
aku cakap...
akak manusia yang telah Allah cipta dengan sebaik-baik kejadian,dan manusia jugak dilantik untuk menjadi khalifah dimuka bumi...itu bermakna manusia ini lebih istemewa dari makluk allah yang lain...sebagai contoh didalam satu kumpulan kita akan melantik seorag ketua untuk memimpin kumpulan kita namun sebelum melantik kita haruslah memilih sesseorang yang terbaik untuk memimpin kita....betul kan..?.. aku bertanya pada akak tadi lantas dia mengiaayakn..sama laah jugak ..Allah... telah memilih manusia kerana manusia mepunyai banyaak kelebihaan dan sebaik-baaik kejadian..jadi..tak nak kah kita berkahwin dengan makluk ciptaan Allah yang sebaik-baik kejadian ini...lantas kakak tadi diam...aku berdoa semoga akak ini terbuka pinta hatinya untuk berkahwin semula..aaminnn

june 8ogos2015 (6.23 pm)

Jodoh atau kematian

Hidup ini akan dilamar oleh 2 perkara
jodoh atau kematian
jodoh belum tentu
mati itu pasti..
seperti manaa aku bersedia untuk berjodoh
sebegitulah juga aku harus bersedia untuk 
kematian..

11.45am ( dalm pos ofice utc phang)

Langkah Pertama...


                                      ~ Akhirnya Aku Menjadi Wanita ~

SINOPSIS

kekeliruan identiti untuk seorang anak remaja yang meningkat usia dari luaran menyatakan milik seorang wanita namun jiwanya mengistiharkan dirinya lelaki .

teperangkap didalam badan perempuan

itulah istilah yang di guna pakai untuk masa kini.

ingin tahu apa yang berlaku pada wanita ini

adakah berterusan membiarkan jiwa lelaki di jasad wanita

atau pun

mengubah wanita dalam jasad wanita

bagaimana cara yang dia lakukan.

dapatkan buku ini segera....


p/s: susah nak paham maksud di atas...jawapan nya ada di dalam buku AKHIRNYA AKU MENJADI WANITA...



Merupakan karya pertama saya , alhamdulilah ini akan saya jadikan sebagai langkah pertama untuk saya bertapak di dunia penulisan saya saya inginkan. Jika anda berminat untuk memilik boleh hubungi saya di blog....


Wednesday 13 April 2016

Seindah Akad Mu

Aku terima nikahnya Sara Adreena  binti Lutfi dengan mas kawin Rm 300 ringgit tunai.
Akad tadi kedengan sayu memukul gegendang telingaku.
Sah…?
Sah...Kedengaran suara Pak Su dan diselangi  PakCik Taha menjadi saksi pada pernikahan ku, yea pernikahan yang aku sendiri tidak rela. Pernikahan yang dijalankaan untuk menutup malu.
Alhamdulilaah syukur,  ucap Abahku dan kelihatan sinar kegembiraan di wajah abahku tika ini,munkin bersyukur kerana akhirnya aku telah sah menjadi milik lelaki itu .
      Aku pula  beralih pada lelaki di hadapanku kelihaatan dia begitu tenang namun di balik wajah tenangnya sedikit pun tidak mampu mehilangkaan rasa benci dan geram aku padanya tahukan dia apa yang dilakukaan ini adalah satu kesalahaan aku benci dia walaupun dia telah menyelamatkan maruah keluarga aku ketika ini , terkenang aku pada Karl kenapa karl buat Aku macam ni Aku tak ingin semua ini terjadi kenapa dia sanggup tinggalkan Aku setelah 6 tahun menyulam cinta Karl. Hatiku merintih hiba.
Reen, suara mama  membuatkan Aku kembali di alam nyata hilang wajah Karl yang menari di bebola mata dan yang berada di hadapanku kini adalah Suami aku yang sah melutut menanti arahan dari Mama.
Reen  salam lah dengan suami Awak tu dan lama dia tunggu, ucap Kak Zati selaku mak andam expresku sambil tersenyum.
Aku hanya menurut segala arahan dari orang disekeliling ku tika ini, menurut dan terus menurut tanpa banyak bicara ,hatiku telah mati, mati bersama tragedi hitam..mati bersama permergian Karl di saat 4 bulan menanti hari bahagia.

*****
          Aku merenung di luar memerhati langit yang luas cuba mengira bintang yang seakan malu untuk menyilau, langit malam ini kelihatan sepi sama seperti hati ku ini selepas majlis akad nikah dan sesi bergambar selesai aku melarikan diri didalam bilik dengan memberikan alasan bahawa kepalaku sakit dan Mama  mengizinkan Aku berehat munkin mama memahami keadaan badanku yang sebegini, maaf kan Reen mama Reen tiada niat nak malukan keluarga kita kalu Reen tahu sumpah Reen akan ikut cakap Mama Reen tak kan ikut Karl pergi ke tempt tu, namun segalanya telah berlalu nasi telah menjadi bubur tiba-tiba kedengran pintu biliku dibuka..
 Ada pun awak kt sini.
Apa awak buat kat bilik saya nie firdaus? Soal Ku pada Lelaki yang telah menjadi Suamiku tika ini, Aku bengang kenapa Firdaus sesuka hati masuk ke bilikku.
Mama bagi tahu awak sakit kepala saya risaukan awak sebab tu saya datang cari awak. Balas Firdaus sambil tangan nya cuba untuk mengengam tanganku.
Awak tak perlu nak risau kan saya Firdaus tahu lah saya jaga diri saya. Balasku sedikit kasar dan menolak tangan itu  and one more thing jangan pernah sentuh, saya tak suka faham?
Emmm, kenapa saya tak boleh sentuh awak sedangkaan awak adalah isteri saya? Soal Firdaus berserta kening yang dinaikkan sedikit.
Sebab saya tak suka faham kan? Lalu Aku meninggalkaan ruangan itu aku rimas bila Firdaus cuba menyentuh bahuku
Dan lagi satu Awak kena ingat atas sebab apa kita kawin. Balasku lagi dengan nada yang sedikit tinggi, aku tidak mahu Firdaus mengambil  kesempatan di atas kesulitan ku kini.
Atas dasar apa kita kawin ye? Soalan dari Firdaus membuatkan langkah ku terhenti lalu berpaling memandang wajahnya yang bersahaja wajah itu seolah - oleh memperlekehkan aku.
Saya tanya Awak Sara Adreena ,  atas dasar apa kita berkahwin? Tak kan soalan simple macam tu Pun Awak tak boleh jawab .
Come on..i need your answer. Sambung firdaus lagi sambil melangkah ke arahku.
Ya ALLAH apakan semua ini adalah satu mimpi kenapa begitu kuat ujian yang KAU berikan padaku, tidak semena air mata yang Ku tahan semasa majlis akad nikah tadi gugur, sampai begitu sekali Firdaus menghina aku dia telah mengetahui  kenapa Aku harus memilih nya tidak cukup penerangan dari Abah untuk Dia.
Akak. Laung Zeti adik sepupuku lalu tergesa-gesa membuka pintu.
Opsss maaf Zeti tak sengaja. Ucap zeti.
Tak pe zeti masuk lah. Balasku, Firdaus hanya diam selepas melontarkan soalan itu.
Maaf ye Kak abang pun bukan apa Zeti cari Abang sebab rombongan Lelaki dan nak balik jadi diorang cari Abang ne nak ajak balik, bukan apa selagi majlis sanding tak selesai Abang tak boleh tidur sini. Zeti bercerita dengan panjang lebar di sertakan dengan senyumaan yang sedikit nakal.
Owh ye ke, ok lah kalau macam tu Abang nak balik lah. Ucap Firdaus setelah diam seribu bahasa.
Sayang Abang balik dulu ok. Lusa pagi Abang datang ambik Sayang ye.  Pesan Firdaus padaku kelihatan seperti seorang Suami yang penyayang sedangkaan sebentar tadi dia telah menghinaku dengan soalan  kejamnya.
Sayang tak nak salam dengan abang? Lantas Firdaus menghulurkan tangan.

     Aku menyambut salamnya kerana Zeti telah menjadi penonton untuk drama yang Firdaus ciptakan ini Aa ALLAH sampai bila  semua ne akan berakhir mampukan aku bertahan dalam ujian mu ini Aa ALLAH. Rintih hati ku
Sayang jangan lupa makan ubat ye and jaga baby kita ya. Pesan Firdaus seolah berbisik padaku sambil tangan nya mengusap perutku yang masih lagi kempis…..tajam sunguh lidahnya ….ya tika itu aku memahami itu lah jawapan kenapa aku perlu menerima dia sebagai suami.
Abang kena tunggu sikit sabar yea kenduri kan lusa. Usik Zeti sewaktu Firdaus melintasi pintu bilik.
Zeti Abang dah tunggu 10 tahun tak kan nak tunggu 2 hari tak boleh. Ucap Firdaus sambil memandangku pandangan nya sukar Aku tafsirkan biarlah malas untuk Aku fikirkan kata-kata itu hanya untuk mengaburi pnadangan Zeti.

Setelah mereka berlalu pergi Aku cepat-cepat mengunci pintu Aku inginkan ketenangaan, Aku langsung tidak berjumpa atau bertegur sapa dengan keluarga mertuaku, Aku sudah tidak peduli apa yang mereka akan fikir yang penting hati Aku dan keadaan Aku ketika ini aku inginkan ketenagan.

*****
Haaahhh. Satu sergahaan membuatkaan Aku kembali ke alam nyata hampir luruh jantungku.
Menung je, kenapa tak suka ke datang tempat ni? Soal  Karl setelah melihat Aku hanya termenung, Karl memang selalu buat Aku terkejut.
Ishh you ne buat terkejut je lain kali bagi lah salam dulu. Marah ku pada Karl kerana perbuatannya itu.
Nasib baik I ne tak de sakit jantung kalu tak dan jadi arwah tahu tak. Sambung ku lag sambil menarik muka masam.
Ala Sorry lah Sayang I tengok you menung jauh je macam tengah fikirkan sesuatu. Ucap Karl membela diri.
You memang suka kalau i mati kan?  Marahku lagi pada Karl
Sorry i Cuma nak bergurau tadi. Balas karl
Bergurau you cakap you memang nak I mati kan sebab you memang tak nak kawin dengan i? Dan ni sebahagian dari helah you  betul kan? Soal ku lagi.

  Aku menghambur semua yang terbuku di hati yea, Aku tahu apa yang Karl lakukan tadi tidaklah sebesar mana silapnya namun segala perasaan yang telah ku tahan dan segala kesabaran yang aku pendam  dengaan sikap Karl selama pertunagan kami meletus hari ini bersama air mata yang telah pecah empangannya.
What are you talking about? Kenapsampai  macam tu you tuduh i. Soal Karl lalu cuba memegang bahuku cuba mencari anak mataku, namun Aku masih diam membisu
Baby, please do not think like that you know I really love you .
I tak boleh hidup tanpa you. Ucap karl lagi.
Karl, I dan tak sanggup hidup macam ni sepanjang tempoh kita bertunang you buat I macam tunggul you bukan Karl yang kenal dulu. Balasku setelah lama membisu menahan sendu dan akhirnya.
Karl, seru ku beserta hembusan nafas yang sederhana Aku melafazkan
Kita putus. Pintaku
Aku tidak sanggup lagi berkeadaan begini, Karl sekarang seolah-olah bukan Karl yang ku kenal dulu.

 What ?
You dan gila ke!?
You tahu tak majlis kita lagi  4 bulan! Marah karl padaku dengan soalan bertubi-tubi.
Yes I know !
But i dont care. Aku membalas kata-kata nya dengan renungan yang tajam.
Daripada kita bercerai kemudian hari, baik kita putus sekarang. Tegas aku lagi.
Ok .
tahu selama ni I banyak buat salah .
Tapi tu tak bermakna I tak cinta kan you lagi.Balas Karl dengan jawapan yang putus-putus.
I ada banyak masalah tolong lah faham I
Please...
I sayangkan you i tak sanggup hilang you. Ucap Karl lagi.
Aku keliru dengan jawapan nya adakah benar-benar ikhlas atau sekadar mengambil hati.
Aku merenung kedalam matanya ingin aku melihat keikhlasan pada ucapan karl namun aku gagal, sejujurnya aku masih mencintai dan amat menyintai karl dia lah lelaki pertama yang mengajar aku erti cinta

Aku masih mendiamkan diri ,keliru dengan apa yang aku inginkan tika ini lantas Karl berlalu pergi meninggalkan aku.
Ah, munkin Karl bersetuju dengan keputusan Aku  dan akhirnya air mata Aku menitis lagi mengenangkan cinta Aku yang tidak kesampaian.

For you, Karl mengejutkan Aku lantas Aku berpaling.
Sara Adreena Binti Dato Lutfi sudikan u terima lamaran I buat kali ke dua.
janji selepas you terima lamaran ni, i sumpah akan jaga you melebihi nyawa i.” Ternyata apa yang keluar dari mulut karl mengejutkan aku bingung dan keliru menjadi satu.
Sayang I tak kan bangun selagi u tak ambik bunga dan maaf kan i,ucap  Karl waktu itu.
Please darling , I m so sorry. Ucap Karl lagi.

Seiring dengan itu suara-suara pengunjung menyampuk dan mengatakan Aku sungguh bertuah kerana memiliki teman lelaki yang sungguh romantic dan begitu sayang padaku dan kesemuaa mata mereka menghala ke arahku.

Ok, I maafkan you tapi tolong hargai lepas ni .
Namun hatiku tidak tenang aku keliru dengan apa dengan apa yang Aku lafazkan tadi kata-kata ku tadi hanya untuk menyelamatkan Karl dari mendapat malu tapi adilkah untuk Aku.
Thanks, sumpah akan sayang dan jaga You sampai mati. Ucap Karl dengan penuh kesunguhan Ya  ALLAH berikan lah Aku kebahagian.
Selepas semua masalah Aku dan Karl selesai  kami menghabiskan masa kami dengan berbual kosong  dan setelah jam menunjukkan 11.00malam Aku  meminta diri untuk berehat, Karl menemani Aku sampai ke chalet kata Karl dia bimbang keselamatan Aku kerana jalan untuk pulang ke chalet  sedikit gelap dan agak tersorok dan aku membenarkan, dan kami berpimpin tangan sehingga di depan pintu bilik.
Mana lisa? Soal Karl sewaktu menghampiri tempat penginapan.
Ada dalam bilik katanya  sakit kepala. Ujurku
Sakit kepala kenapa teruk ke? Or kita bawak dia pergi klinik je lah. Cadang Karl padaku
I dan Tanya tadi tapi katanya tak perlu dia cakap dia nak rehat , tapi tengok lah esok kalau masih tak ok kita bawak dia pergi klinik lah .Usulku lagi
Malam yang indah  dihiasi dengan gelak tawa antara kami, tika ini Aku cukup bahagia percutian ke Janda Baik ini memberi  kebaikan pada hubungan Aku dan Karl, kami telah berbaik semula dan Aku semakin tak sabar untuk menjadi isterinya.

******
      Hujan lebat berserta kilat yang seakan membelah langit mengangu hatiku, risau bila memikirkan pemergian Lisa dan Karl selepas isyak tadi masih belum menunjukkan tanda-tanda untuk pulang. Pagi tadi sakit kepala lisa sudah sembuh dan pada tengah hari kami mengambil kesempatan untuk bermandi-manda di air terjun sehingga lah ke waktu petang  memandangkan besok kami akan pulang,  pada waktu magrib tadi Lisa tiba-tiba mengadu sakit dan muntah-muntah akhirnya Karl membawa Lisa ke klinik berdekatan tetapi Aku tidak dapat mengikut kerana Karl telah meminta Aku memberikan dokument penting kepada seseorang .
Aishhh, lambat nya lah dia ni dan pukul berapa tak datang lagi ni.  Aku mengeluh sambil melihat jam di dinding  menunjukkan jam 11.30 malam  bermakna sudah 2 jam setengah Karl dan Lisa pergi .
Document apa lah yang penting sangat nie tak kah lah tak boleh tunggu esok. Omel hati ku sambil menilik sampul di tangan.  Nasib baik yang nak datang perempuan, kalau lelaki jangan harap lah Aku nak jumpe waktu macam ni. Keluh Ku lagi.
Sayang kalau lelaki I pun tak benarkan dia jumpa tunang I malam-malam ni taw. Ucapan Karl setelah aku bertanya perihaal penerima document misteri itu.
Sayang please taw dokument ni mest sampi kat tangan client tu malam nie, ini penting untuk projek company i . Kata Karl bersunguh
And you kena tolong i, you jangan risau pasal Lisa I can’t handle. Lantas aku mengiakan saja permintaa itu.
I risau nak lepas kan you drive malam-malam ni kan ni hujan lebat. Karl menghidupkan enjin kereta Aku lihat Lisa terbaring lemah di tempat duduk penumpang.
Karl,   Seruku
Thanks, sorry sebab susahkan you pasal Lisa. Ucapku aku betul-betul terharu dengan keperihatinan Karl.
Karl bersunguh tak mahu aku drive kerana bimbaang keadaan jalan yang tidak elok.
Hey, dont worry tak lama lagi you akan jadi sebahagian dari hidup so nak belajar pikul tanggunjawap now I nak hantar bakal adik ipar pergi hospital ok ? Ucapan Karl betul-betul membuat Aku terharu.
Ketukan pintu yang kuat membuatkan aku kembali ke alam nyata Aku lihat jam menunjuk  12.30 malam hujan masih lagi lebat seperti tadi, munkin Karl dan Lisa  telah kembali  lantas aku terus membuka pintu.
 Dengan satu tolakan yang kuat menyebabkan Aku tersadung ke belakang, seusai itu lembaga itu cepat-cepat menutup pintu. lantas melangkah ke arahku Aku cuba bangun dan melarikan diri namun belum sempat belari, belakangku telah dipeluk dengan kejap lantas menolak aku ke dinding  Aku cuba melawan dengan menendang kearah harta nya lalu berlari menuju ke bilik tidur dan mengunci pintu namun Aku gagal dan akhirnyaa satu tamparan yang kuat ku rasai dan Aku lemah tidak berdaya dan lantas tidak sedarkan diri.

******
     Aku melihat keadaan di sekelilingku suasana yang berbeza membuatkan aku tahu bahawa Aku bukan berada di rumahku. Munkin Mama membawa  ke hospital kerana sejak kemarin Aku tidak sedap badan munkin petanda Aku akan mengalami demam . Pagi tadi Aku pensan di rumah kerana kondisi badanku yang semakin lemah akibat dari demam andaianku lagi.
Reena apa khabar ? Soal Uncle Farid padaku sambil tersenyum .
Fine Uncle, thanks. Balasku sambil membalas senyuman Uncle Farid.
Melihat uncle Farid selaku doktor peribadi keluarga kami merangkap kawan baik Abah, aku terkenangkan Abah semenjak kejadian itu aku amat merindui Abah . Abah langsung tidak menegurku apabila aku menolak cadangannya .
Good Uncle tengok rekod kesihatan Reen ni dah bertambah baik Cuma demam  jea yang belum kebah. So Reen kena makan ubat banyak minum air dan banyak rehat ok ?.
Selepas memberikan arahan pada ku Uncle Farid terus melakukan tugasannya memeriksa tahap kesihatanku buat kali ke dua supaya semuanya baik-baik. Aku hanya membalasnya dengan senyuman tiada mod untuk berbual.
Reen.Seru Uncle Farid Aku merenung wajahnya bila namaku di seru.

Reen kena banyak bersabar dan berdoa pada ALLAH  supaya ALLAH mempermudahkan jalan hidup kita. Kata-kata Uncle Farid belum dapat ku hadam sepenuhnya.
Ini semua ujian dari ALLAH, munkin dengan ujian ini dapat membasuh dosa-dosa kita yang lalu .Aku terkedu setelah mendengar kata-kata Uncle Farid.

Apa maksud dia? Apakah selama ini aku banyak melakukan dosa ?! Aku tidak pernah mengangu sesiapa !! Aku tidak  pernah merampas hak sesiapa dan Aku tidak pernah bermusuh dengan sesiapa, api akhirnya semua ini berlaku pada Aku,tapi semua tu hanya hati kecilku yang bersuara mulutku kelu tanpa suara.
Cadangan Abah Reen munkin betul Reen kena fikir-fikirkan nya. Mulut ku masih kebas untuk berkata-kata.
Kesian Abah Reen.Sambung Uncle Farid lagi setelah melihat Aku diam seribu bahasa.Waktu ini setitis air mata jatuh menyembah pipi aku cuba untuk bertahan,aku tidak mahu mereka melihat aku lemah.Apakah Uncle Farid tidak kasihan pada ku ,setelah maruah ku diragut tanpa rela,tunangku pergi tinggalku dengan alasan tidak dapat menerima diriku yang tidak suci apakah aku tersangat kejam perbuatanku hanya kerana aku menolak permintaaan Abah untuk menerima lelaki yang nak dijadikan pak sanggup untuk ku.

 Aku tidak mahu mempertaruhkan hidupku kepada lelaki lagi ,aku nekad aku akan meneruskaan hidupku macam biasa selepas apa yang terjadi ,walau pada hakikatnya aku masih tidak melupakan kejadian itu.Soal majlis yang telah dirancang ambaikan saja, walaupun semua telah di tempah . Segala pembayaran telah dibuat oleh kami,aku sudah tidak peduli .Selepas ini aku akan ke Austrlia aku perlu memulakan hidup yang baru di sana,aku akan tinggalkan semua kenangan pahit di sini ,itu tekad ku.

Lewat petang tadi aku menerima kunjungan dari Firdaus, Aku tidak pasti dari mana dia mendapat khabar tentangku. Kedatangannya membuatkan Aku sedikit rimas, rimas dengan cara nya yang bagi Aku sedikit bizybody nasib baik Mama ada di waktu itu dapat lah Aku elak menjawab semua pertanyaannya.
Sara apa khabar. Awak tak nampak ke saya kat mana sekarang nie?kalau saya sihat saya duduk kat rumah,faham…?!!! Fuh hanya itu mampu aku luahkan tetapi hanya didalam hati.
“ Alhamdulillah….dan nampak ok sikit , cuma demam masih lagi ada”. Mamaku menjawap soalan Firdaus setelah melihat aku diam.
“ Owh…Sara kena jaga kesihatan ,nanti kalau sakit sapa susah ”.Yes… betul cakap Awak tu,tapi yang pastinya bila saya sakit saya tak susahkaan awak kan.!! .aku pasti kata-kata ku ini pasti akan membuatkan Firdaus tersentap alangkah bagus nya jika ianya keluar dari mulut ku namun sekali lagi aku tidak mampu.

             Selepas melihat aku tidak berminat untuk bersembang denganya ,Firdaus mengambil langkah   berbual dengan Mama dan Mama pula sekali-sekala mengaitkan nama ku dalam perbualan mereka.Aku hanya menumpukan perhatian pada iphone 5 ku,semakin lama mataku semakin layu munkin jugak kerana pengaruh ubat yang diberikan akhirnya terlena.

******

            “ Lutfi….Maria…dan..Adreena..saya harap kamu semua mampu menerima dengan tabah”.UcapanUncle Farid membuatkan hati aku semakin gelisah ,wajah Mama dan Abah kelihatan pucat apa kah yang bakal Uncle Farid sampaikan tentangku , adakah aku menanggung sakit kronik atau aku dijangkiti penyakit berbahaya.Suasana di bilik hospital ini ku rasakan panas walaupun pada hakikat tidak.
“ Actually ...Adreen …. you are prenent…”.Adreena you are prenent…. you are prenent…kata-kata UncleFarid seakan sayu memecah gegendang telingaku.
“ tak munkin..tak.…..”.Aku cuba menidakkan apa yang dikatakan , ketika itu Mama dan Abah diam seribu bahasa.
“ Maybe ..Uncle silap..munkin nurse tertukar kertas ujian…kan Uncle..?”Sekali lagi aku cuba menidakkan lalu aku memegang tangan uncle farid meminta penjelasan lagi.
“ I’m sory my dear…uncle cukup gembira kalau apa yang Reen cakap tu terjadi. But in case ..No…uncletak benarkan nurse or mana-mana doktor terlibat dalam kes nie…” Aku melihat kesunguhan Uncle Farid menerangkaan tentang semua ini dan disebalik itu suaranya sedikit sebak.
“ kau pasti Farid”..Suara Abah memecah kebisuan setelah sekian lama
“  Yes …. Aku pasti lutfi , 3 kali  buat ujian tu…and..keputusan nya adalah sama.”Ucap Uncle Farid sambil memandangku.

            Air mata yang ku gugur lagi ,kali ini lebih hebat ya ALLAH apakah ini adalah pembalasan di atas segala kekhilafan ku selama ini.Aku memandang muka Mama dan Abah sepatutnya aku harus menjadi seorang anak yang membangkakan kedua orang tuaku,aku harus membahagiakan mereka di lewat usia senja mereka,namun aku melakukan yang sebaliknya,betul cakap Uncle Farid ini munkin hukuman atas segala kekilafanku dulu,pergaulanku terlalu bebas sehinggakan seluruh kelab malam aku terjah bersama Karl hanya untuk mencari keseronokan bagiku selagi aku tidak berzina dan minum itu sudah cukup untuk aku bergelar seorang muslim akhirnya aku ternyata silap, selama ini aku hanya islam di dalam ic , aku anak yang tidak berguna , aku anak yang memalukan keluargaku…
“ ALLAH..ALLAH..” aku berpaling mencari suara Abah aku melihat Abah tersungkur ke bawah.aku berlari mendapatkan Abah.
“ Abang kenapa nie” Soal Mamaku wajah abah ketika itu pucat nafas tercungap-cungap memegang dada tanda menahan sakit , apakah jantung Abahku menyerang lagi.
“ Abah…” Seruku akhirnya tindakan pantas Uncle Farid dengan membawa Abah untuk mendapatkan rawatan

            Ketika ini abah masih di bilik rawatan.ya ALLAH tolong lah jangan kau ambil Abahku lagi .berilah peluang untuk aku menjadi anak yang baik untuknya .Ya ALLAH sekiranya kau memberi kesembuhaan pada Abah aku akan lakukan apa saja untuk kegembiraan mereka.Ya ALLAH aku bukan hambamu yang baik tapi berilah aku peluang ya ALLAH aku merayu pada kepada  ALLAH dengan seikhlas hatiku.Mama dari tadi hanya diam membisu akhirnya memelukku kami menangis semahu mahunya.Ya selama ini aku anak yang degil .Tuhan beri aku peluang ini..bisik hati kecilku lagi.

******
“Maaf terlambat , traffic jem tadi ada excident ”. Setelah menunggu lebih 10 minit akhirnya Firdaus datang.
  It ok..i pun baru sampai” Balas ku walaupun pada hakikat aku datang tepat pada masa yang dijanjikan.
 “ Owh..ok…”hanya itu yang dibalas nya… “ emm …kenapa you nak jumpa nie..?” soal Firdaus dengan muka yang tiada perasaan .
  Well..i nak bincang pasal kita”. Balas ku sedikit bersungguh.
  Ok…teruskan…I akan dengar”.sewaktu itu aku rasakan kemarahan yang ku tahan tadi hampir meletus Firdaus seolah-olah bersahaja.
 “ About me….my dad dah bagi tahu kan..?” Soalku lagi aku cuba untuk merisik apakah Firdaus tahu tentangku ,tanpa pengatahuan abah dan mama aku berjumpa firdaus,aku harus memujuk firdaus supaya membatalkan niatnya untuk berkahwin denganku.Aku tidak mahu terikat dengan mana-mana lelaki .
 “ About you what..?”.soalan yang ku berikan,soalan juga yang dia berikan.sememangnya kebencian ku pada nya dulu berasas.bagi aku Firdaus seorang lelaki yang berlagak,poyo,perasaan perfect sebagainya lagi yang berkaitan.

 Masih aku ingat lagi semasa aku di tingkatan 3 Firdaus tingkatan 5 dia sering mendendaku kerana aku datang lambat walaupun ketika itu masih ramai lagi yang lambat  tetapi hanya aku seorang yang didenda. Bukan setakat itu sahaja, oleh kerana kelurga kami tinggal berjiran Firdaus  sering mendapat tempat di hati Abah dan mama begitu jugak dengan abang dan adik-adikku yang lain,semua nya memuji Firdaus,Firdaus itu,Firdaus ini.Akhirnya setelah perniagan berkembang maju Abah membeli sebuah rumah yang agak selesa buat kami dalam masa yang sama juga aku menyambung tawaran ke uk, Selepas itu aku sudah tidak mendengar tentang firdaus lagi.
 “ sara...sara…sara adreena”..aku tersedar apabila Firdaus memanggilku,aku tak pasti berapa lama aku berkhayal.
  Yes..oh…sory apa you cakap tadi tak faham”. Aku cuba menyembunyikan kesalahanku padahal aku langsung tidak mendengar apa yang dikatakanya.
 “ Memang you tak kan faham…” .Ku lihat  muka Firdaus  sedikit berubah munkin bengang dengan aku.
 “ Sebab tak cakap apa-apa pun tadi…” Balas Firdaus lagi.. “ you jangan buang masa I sara” kali ini suara Firdaus sedikit meninggi dan fahamlah aku tika itu dia sedang marah.

Mendengar kata-kata sebegitu buatkan aku kecil hati,aku membuang masanya itu lah maksudnya.Tahu kan dia bahawa semua yang aku lakukan ini hanya untuk mama dan abah.Kata abah aku patut bersyukur kerana Firdaus mahu membantu kami.

Yea aku bersyukur sangat kerana tuhan telah memberi aku peluang untuk mengembirakan mama dan abah,namun aku harus mencari peluang yang lain jika ada dan ianya haruslah tidak menjejaskan hati dan perasaan kedua orang tuaku.
 “ Oh…I’m sory sebab , menyebabkan you membuang masa..i rasa tak de apa yang nak dibincangkan.” Ucapku lagi.. “ I balik dulu”.Lantas aku berpaling meninggalkan tempat itu.
 “ Sara….tunggu..” Firdaus memanggilku,namun aku tak hiraukan langkah ku makin laju menuju ke kereta.Aku memasuki kereta sebelum sempat aku lock Firdaus Berjaya menerjah masuk.
 “ You nak pergi mana nie..?..Kita belum habis bincang”.Soal Firdaus padaku
 “ Tak de apa yang nak dibincangkan lagi” .Balasku
 Ok I mintak maaf pasal tadi..tahu silap I, Sory ok .“ sesungguhnya  aku tak de mood untuk berbincang lagi.
 “ Dan lah Firdaus..tak de apa yang nak di bincang lagi..balik nanti akan bagi tahu famly I yang kita tak jadi kawin ok , dan you pun kena bagi tahu abah I yang you tak nak kawin dengan I ok  ”. Ucapku lagi aku malas untuk bergaduh waktu ini.Aku penat dan letih dengan masalah yang melanda.
 “ What…senang nya you cakap.” Soal Firdaus terkejut. “ habis macam mana dengan anak dalam perut you tu.?”. Soalnya lagi sambil merenungku  dengan pandangan sinis.pandangan ini lah yang menyakitkan hati dan jiwa aku selama aku mengenal dia.
 “ I akan gugurkaan..!!”..Aku membalas pertanyaannya dengan penuh emosi.yea aku nekad setelah aku sampai ke australia perkara pertama yang aku harus buat adalah hilangkan benda haram ni.
 “What,…!!??..are you cazybaby tu tak bersalah..yang bersalah you” Firdaus telah menengkingku dan dia menyalahkan ku dengan kandungaan ku ini.
 “ You salahkan I firdaus..” .Aku menyoal nya, Firdaus melampau.. “ i tak pernah berzina firdaus , sejahat-jahat I , I tak pernah tido dengan mana-mana lelaki.was raped ..understand..?!!!”  Tengking ku padanya.
 “ I dirogol lelaki yang tak berguna , lelaki  dayus  tu yang menjahanamkan hidup I , disebabkan oleh lelaki itu I terpaksa menangung anak haram nie….you sedar  tak,you boleh faham tak”.

Aku menghamburkan kemarahanku padanya biar dia tahu yang aku tidak bersalah.Kerana kejadian itu aku terpaksa menangung beban. Beban untuk  lahirkan anak yang tidak tahu benih dari siapa…
 “ I tak pernah mintak semua nie berlaku , dan kalau masa boleh diundur I akan buat apa saja untuk selamatkan maruah I . Walaupun akan digelar pembunuh,I sanggup” . Ucapku lagi ,kali ini emosi ku lebih tergangu.. “ tapi I tak boleh” . Sambungku lagi aku menangis semahunya.
  I mintak maaf.. I tahu silap I”.Aku lihat raut wajahnya kelihatan bersalah  dan nadanya seperti menahan tangis ,aku keliru apa silap dia kenapa dia perlu menangis .
 “ I tahu silap I sebab buat you makin tension” sambung nya lagi. “ kita kawin..ok ..akan terima youseadanya” .Ucap Firdaus setelah aku diam.
 Selepas kami berbincang aku terus pulang kerumah,masih teringat pada perbincangan kami tadi
 terimalah I sebagai suami you,I tahu tak cukup baik untuk you tapi I akan berusaha untuk jadi terbaik untuk you,I kesian kan mama dan abah you,I tak nak abah you sakit lagi.Sebagai anak kita cuba gembirakan diorang tapi kalau you tak nak terima I , I tak akan paksa you untuk kawin dengan i.Semua kata-kata itu terngia-ngia di telingaku ya ALLAH aku telah berjanji untuk membahagiankan orang tuaku…andai ini yang terbaik permudahkaan lah ya ALLAH, bisik hati ku.



*********

            Majlis perkahwinaan ku berlansung di hayat renaisence dengan meriah sekali , semua sanak-saudara kedua belah pihak menghadirkan diri maklumlah ini kali pertama majlis perkahwinaan untuk kedua belah pihak .firdaus merupakan anak pertama yang berkahwin manakala, bagi pihak aku walaupun abang safuan telah berkahwin , tetapi mereka berkahwin di America dan selepas mereka balik hanya majlis doa selamat yang diadakan memandangkan kak nora telah pun sarat mengandung.

Aku cuba untuk senyum ,aku cuba untuk berpura-pura gembira untuk menutup mata semua yang hadir kononnya aku amat bahagian hari ini berkahwin dengan lelaki yang aku cintai , bila aku kenang waktu dulu aku mengakui tindakan abah betul.
 “ abah tak patut buat macam nie.”protes ku pada keputusan abah.
 “ apa yang tak patut..”? soal abah
 “ apa salahnya kalau karl nak datang majlis abang safuan.” ..balasku “ karl tu kan kawan reena”.aku bengang dengan abah kerana abah tidak membenarkan karl datang ke majlis abang safuan walaupun majlis ini hanya untuk doa selamat namun ianya tetap dikira majlis penting dalam keluarga kami kerana menyambut kepulangan abang safuan dan kak nora dari America.
 " Reen tahu kan nie majlis apa..semua sadara-mara kita nak datang,kalau dioarang Tanya siapa karl..abah nak jawab apa.” Soal abah pada ku suarnya sedikit meninggi.
 “ abah diamkan aja lah ..atau abah jawab lah dia tu kawan reena..susaah ke.?” Aku membalas kembali pertanyaan abah aku begitu kecewa , abah seolah-olah tidak menyukai karl.
 “ kawan…? Kawan yang macam mana..sampai bawak ke rumah..”…ingat rina abah tak suka rina terikat dengan sesiapa …abah nak reena habiskan dgree rina dulu…lepas tu baru fikir pasal kawin.” Pesan abah padaku
 “ mulai pada saat nie jangan kenalkan sesiapa pun pada mama dan abah sehingga hbis dgree.” “..faham..?” marah abah pada ku kata-kata nya seolah memberi amaran keras padaku .Aku hairan kalau abang safuan boleh pulak siap kawin lagi…aku..nak bercinta pun tak boleh..bosan lah….omel hati kecilku.

Tapi kini baru aku tahu rupanya segala larangan abah berasas , jika aku kenalkan karl pada keluarga besarku dulu,pasti waktu ini majlis ku di landa kontorvesi yang dasyat.setelah majlis berakhir kami pulang ke bilik penginapan.
 “ akak..” panggilan itu mengejutkan aku dari lamunan. Setelah pulang ke bilik aku membersihkan diri manakala firdaus pula terpaksa berjumpa dengaan sepupunya aku pula tidak bertanya lanjut,aku lagi suka jika dia tiada.
 “  lisa…masuklah..” aku mengukir senyuman melihat satu-satunya adikku.
 “ akak…tahniah..” ucap lisa selepas kami berpelukan.namun ucapan itu umpama pisau yang mencantas hatiku , lalu air mata mengalir lagi.
 “ hey..what wrong..?”
“ bukan tahniah…tapi takziah…” yea ucapan tu umpama satu sumpahan untukku.aku tidak mahu mendengarnya lagi.
“I’m sorry…kalau lah malam tu lisa tak pergi klinik , benda nie tak kan jadi kak.” Balas lisa , semenjak kejadian itu lisa mengangap semua ini berlaku berpunya dari nya
“ no..semua ne bukan salah lisa..semua ne takdir untuk akak.”..aku cuba menenangkan lisa walaupun pada hakikat hatiku sakit. “ lisa doakan kebahagian akak yea.?”..sambung ku lagi
“ insylah akak akan bahagian..abang firdaus baik sangat..dan dia memang suka kan akak..lisa percaya dia akan bahagiakan akak.”
“ lisa..abang firdaus kawin dengan akak sebab nak tolong keluarga kita..tak lebih dari tu.”balasku menyangkal dakwaan lisa.yea firdaus sendri mengaku dia mengahwiniku kerana abah dan mamaku tak lebih dari itu. 
“ tak akak..”
“ lisa… …” seruku sambil mengilingkan kepala berharab supaya dia tidak terus berbicara.
Selepas perbincangan pada petang itu aku mengambil keputusan untuk menolak firdaus,namun aku tak tahu apa yang firdaus buat dan berbincang dengan abah dan mamaku , akhirnya aku terpaksa berkawin dengaan nya.

Teringat aku ketika tahun ketiga aku di UK mama memaklumkan firdaus telah menghantar rombongan untuk ku dan paling mengejutkan abah telah menerimanya.sedangkan ketika itu aku sudah pun mempunyai karl rentetan dari itu aku mengugut mama untuk menolak pinangan itu jika tidak aku akan berkahwin dengan karl di sini walupun tanpa izin mereka.akhirnya mama dan abah pasrah.bermula saat itu hubungan aku dan abah renggang kadang-kadang aku cuba menarik perhatian abah namun hampa dan penyebabnya semua ini adalah firdaus. Itulah adalah satu sebab kenapa aku tak menyukainya.

****
“ sara…kenapa abang tengok sara termenung je ni” . Aku tersentak bila namaku dipanggil , akhir-akhir ini aku kerap termenung fikiranku terbang jauh jasadku. Aku berpaling melihat dia sedang merenungku .
“ oh…tak de apa-apa saya tengok pemandangaan pantai, waktu malam-malam macam nie cantik,indah dan tenang .” Hanya  itu yang dapat aku gambarkan ketika ini dan keindahan itu hanya pada mata tapi bukan hati aku melihat firdaus menghampiri entah kenapa tiba-tiba jantungku berdegup kencang.
“ Aah memang cantik pun cuba sara tengok sana nampak tak kapal-kapal kat tengh laut tu.”aku melihat apa yang dikatakan firdaus .
“  Nampak…” balasku lemah aku sebenarnya tidak berminat dengan semua itu , semalam aku telah meminta izin dengan mama untuk bermalam di rumah , aku tidak ingin bersama firdaus namun mama menegah .
“ reena…tolonglah lah jangan buat macam tu mama tak nak anak mama jadi isteri yang nusyuz , tempat seorang isteri di sini suami, kemana firdaus pergi reena harus ada di sisi..” ku lihat mama berlinangan air mata.

“ lagi pun reena tak kesian ke kat firdaus..dia sanggup terima reena ,walaupun dia dah tahu keadaan reena..” sambung mama lagi…hatiku sebak melihat air mata mama,sedangkaan aku sudah berjanji untuk tidak akan mengecewakan mama lagi.

 “ reena tolong lupakan karl, terima lah firdaus sebagai suami , ini permintaan mama kalau reena sayangkan mama dan abah tolong tunaikan harapan kami nie.” 

Air mataku menitis lagi permintaan mama dan abah berat untuk ku tunaikaan sebetulnya ketika ini perasaan aku sudah tidak penting lagi untuk aku fikirkan.

sepasang tangan yang memelukku erat dari belakang mengejutkan aku dari lamunan, " i love you",ucapan itu menyebabkan aku hilang punca 
" i love you so much", ucapan itu berserta satu pandangan yang menusuk ke dalam hatiku ketika ini, namun pantas aku menolak tubuhnya menjauhiku.

" sara, i'm very happy for this married, that my dream" 



Bersambung…